Analisis watak dan perwatakan wanita dalam kumpulan drama Anwar Ridhwan
Oleh: Mohd Efandi Bin Md Yusop
Universiti Putra Malaysia
Pendahuluan
Selain novel, sajak dan cerpen, drama juga tergolong dalam genre sastera Melayu Namun begitu tidak dinafikan terdapat drama yang mengutarakan bentuk puisi. Namun para sarjana sepakat untuk menggolongkan drama dalam bentuk prosa. Drama berasal dari bahasa Greek, dari kata kerja dran yang bererti berbuat, atau to act atau to do (Morris 1964:476). Dari segi makna khusus mengutamakan perbuatan, gerak yang merupakan eleman yang bersifat drama. Drama adalah hidup yang ditampilkan melalui gerak (Moulton:1989). Drama adalah kesenian melukis sifat dan sikap manusia dengan gerak (Slametmuljana:1957). Drama mementingkan dialog, gerak atau perbuatan. Drama memerlukan ruang, waktu atau audiens. Drama adalah satu lakon (aksi), drama adalah satu seni yang menggarap lakon-lakon mulai sejak penulisan skrip hinggalah pementasan manifestasi kehidupan. Drama adalah sejumlah kejadian yang memikat dan menarik hati menimbulkan kesan emosi. Drama satu cabang seni sastera (art-seni)
Perkembangan awal pementasan drama di Malaysia ada pertalian erat dengan pertumbuhan drama pentas di Greek, Mesir, India, China, Jepun atau Indonesia. Memasukkan unsur-unsur dan amalan ritual iaitu kepercayaan kepada amalan nenek moyang yang bersifat animisme, kepercayaan terhadap alam sekeliling yang dianggap mempunyai kuasa-kuasa tertentu. Kepercayaan animisme dihubungkaitkan dengan pemikiran manusia purba dengan melihat fenomena alam sekeliling seperti hujan ribut, banjir dan kemarau yang menjurus kepada penyembahan dan pemujaan. Amalan ini dianggap mampu dan boleh mengubah nasib mereka. Melalui upacara ‘penjamuaan’ terhadap roh-roh, dikatakan mampu membangkitkan rasa kekuasaan. Kemunculan drama ada pertaliannya dengan keagamaan (Francis Edward;1976). Di Mesir Tua misalnya ada upacara keagamaan yang berbentuk tarian dan lakonan. Di Malaysia contohnya, main pantai, puja pantai, main puteri yang memperlihatkan unsur animisme (Mana Sikana;1991).
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa Sasterawan Negara di Malaysia telah banyak menghasilkan genre sastera yang berbentuk drama. Salah seorangnya Sasterawan Negara yang berkecimpung dalam penulisan drama ialah Sasterawan Negara yang ke-10, Anwar Ridhwan. Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan, dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi Ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), (1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
Dalam bidang penulisan drama pentas, Anwar Ridhwan telah menghasilkan “Orang-orang Kecil” (1990) dan “Yang Menjelma dan Menghilang” (1992), drama yang terakhir itu telah memenangi Hadiah Utama Peraduan Menulis Drama Yayasan Seni-Berita Harian 1990. Sehingga kini Anwar telah mengarahkan tiga drama pentas, iaitu “Penghuni Paya”-The Swamp Dwellers-karya Wole Sayinka pada 16-18 Disember 1991. “Pulang”, karyanya sendiri pada 3-8 Disember 1995, dan “Yang Menjelma dan Menghilang” karyanya sendiri pada 8-13 Jun 2001.
Dalam kertas kerja ini, akan menganalisis peranan watak wanita yang hendak beliau ketengahkan dalam Kumpulan Drama-drama Anwar Ridhwan. Justeru dapatan kajian yang dilakukan untuk membuat kajian ini dengan, menggunakan buku-buku rujukan, jurnal, tesis, majalah yang berada di perpustakaa, dan Kumpulan Drama-drama Anwar Ridhwan. Justeru untuk maksud ini, penelitian akan dibuat ke atas tiga buah drama dalam Kumpulan Drama Anwar Ridhwan Edisi Khas Sasterawan Negara. Dalam Buku ini, kertas kerja akan menganalisis tiga buah drama iaitu “Orang-orang Kecil”, “Yang Menjelma dan Menghilang” dan “Pulang”. Pemilihan drama-drama ini kerana, drama-drama ini telah memenangi Hadiah Utama Peraduan Menulis Drama Yayasan Seni-Berita Harian 1990 dan memenangi Hadiah Satera Malaysia 1992/1993. Manakala drama “pulang” telah di pentaskan pertama kali di MATIC, Kuala Lumpur pada 5-8 disember 1995. Sehubungan dengan itu kertas kerja akan menghuraikan beberapa peranan watak wanita yang di dianggap penting untuk menghidupkan jalan cerita yang dihasilkan, yang terdapat di dalam Kumpulan Drama Anwar Ridhwan iaitu “Orang-orang Kecil”, “Yang Menjelma dan Menghilang”, dan “pulang”. Kesimpulannya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan Memang layak di beri gelaran Sasterawan Negara, kerana beliau telah banyak menyumbang hasil karya beliau berbentuk cerpen mahupun drama. Tidak hairanlah drama-drama yang dihasilkan telah memenangi banyak anugerah kerana didalam drama-drama beliau banyak pemikiran dan mesej yang hendak disampaikan kepada golongan masyarakat di negara ini.
Secara umumnya, kedua-dua aspek ini, iaitu watak dan perwatakan merupakan perkara utama dalam menggerakkan karya sastera terutama dalam penghasilan genre drama. Hal ini demikian kerana pembentukan watak dan perwatakan yang pelbagai dimensi sama ada baik atau jahat yang terungkap dalam hasil karya sastera merupakan cerminan sesebuah masyarakat. Malahan watak-watak itu beraksi dan bereaksi sesuai dengan keperluan yang dipersiapkan dalam plot cerita bagi memperkenalkan diri mereka, di samping memainkan peranan masing-masing. (Othman Puteh, 1983:175). Watak berperanan dalam semua keadaan yang menjalin semua peristiwa dan munculnya sebab-akibat yang memungkinkan terjadinya plot. Watak memberi kualiti kepada karya, tetapi di dalam bentuk yang dipersembahkan melalui gambaran bahasa yang digunakan oleh pengarang. Watak adalah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah yang mempunyai pilihan sendiri, mempunyai pengalaman pendidikan yang membolehkan mereka memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik, lebih bersopan dan merendah diri, mempunyai kesedaran dan kecerdasan. Sehubungan itu, watak dapat di gambarkan dengan sifat seseorang yang zahir dan batin merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, dan pemikirannya. Perwatakan pula ialah watak keseluruhan yang ditampilkan, (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2010). Dalam hal ini, watak dalam sesebuah drama sangat penting untuk menghidupkan jalan cerita, tanpa adanya watak dan perwatakan dalam sesebuah drama itu, sesebuah drama tidak akan hidup.
Justeru watak wanita yang di tampilkan di dalam ketiga-tiga drama Anwar Ridhwan itu, watak wanita memainkan peranan yang sangat penting sebagai manusia dan sebagai lambang. Sehubungan itu, watak wanita memainkan peranan yang cukup besar di dalam drama Orang-orang Kecil. Dalam sejarah di mana-mana negara, wanita pernah mengambil peranan penting namun, sumbangan mereka kerap dilupakan. Anwar Ridhwan memberi ruang yang luas kepada watak wanita yang berada di dalam drama ini menjadi perlambangan bahawa watak wanita sangat penting untuk menghidupkan jalan ceritanya dan dikaitkan dengan kepentingan wanita. Dalam drama Orang-orang Kecil, merupakan sebuah drama alegori tentang kuasa dan kepimpinan yang dijelmakan pada ruang simbolik yang lebih kecil. ‘alegori’ bermaksud tentang cerita, puisi dan sebagainya, yang di dalamnya mempunyai sifat-sifat khas seperti, kesabaran, keikhlasan dan kejujuran yang di gambarkan oleh watak-watak dan peristiwa yang berlaku ataupun sebuah kiasan dan ibarat (Kamus Dwibahasa, 2001:33). Menurut konsep drama pula, ‘alegori’ adalah suatu bentuk drama dengan para wataknya yang tidak memakai nama manusia biasa dengan peranannya seperti, Pelayan, Penunggu dan bentuk drama ini terkenal di eropah Barat sejak abad ke-16 (Kamus Istilah Seni Drama, 1985: 4)
Dalam drama Orang-orang Kecil, menampilkan watak Si Jelita sebagai watak yang telah menghidupkan jalan ceritanya dan sebagai lambang kepada watak wanita yang dianiaya dan dinodai. Watak Si Jelita seorang tukang urut yang telah dinodai sehingga mengandungkan “anak haram”. Ulangan kelahiran anak daripada rahim tenang ke dunia sebam menggemblingkan kritikan sosial masyarakat dengan dimensi falsafah. Ini dapat dilihat pada petikan ini:
Si Jelita: Entahlah, Tuan Doktor….Begitu seorang wanita mengandung, fikirannya turut hamil oleh berbagai-bagai peristiwa dan masalah. Ini (menuding perutnya) anak haram ini, datang tiba-tiba dan saya harus terus hidup dengan kejutan itu.
(Orang-orang Kecil: 51)
Ini jelas menunjukkan watak Si Jelita yang ditampilkan di dalam drama ini membawa mesej yang begitu mendalam. Dalam dunia yang realiti ini manusia sanggup mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita untuk kepentingan diri sendiri. Dalam watak Si jelita ini, beliau telah dianiaya dan telah dinodai sehingga Si Jelita termengandung. Si Jelita berkerja sebagai tukang urut semata-mata untuk mencari wang untuk kehidupannya, dan apabila beliau termengandung beliau telah berhenti mengurut kerana takut di cemuh oleh masyarakat di sekeliling beliau. Si Jelita bukan sekadar mangsa atau penggoda, tetapi beliau telah membawa imej ketabahan. Si Jelita tidak menggugurkan anak yang di kandungkannya walaupun anak yang dikandungkannya itu adalah anak haram, ini dapat dibuktikan di dalam petikan dibawahini:
“Dari kamar sebelah, kedengaranlah jeritan kuat Si Jelita. Waktu gema jeritan itu mereka, pecahlah tangisan pertama sang bayi.
(Orang-orang Kecil: 72)
Ini jelas menunjukakn Si Jelita sangat tabah melahirkan anak yang bukan darah dagingnya sendiri, dan sanggup menunggu kelahiran anak dalam kandungannya itu. Walaupun Si Jelita tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau telah melahirkan anak bukan hasil perhubungan yang halal, tetapi beliau tabah mengharungi ranjau kehidupan yang pahit. Ketabahan Si Jelita di uji lagi dengan kelahiran “anak haram” yang di kandung tidak mempunyai fizikal yang normal dan sebaliknya bayi itu cacat anggota badan, ini dapat di lihat dalam petikan berikut:
Doktor: Aneh… (bersuara sedih dan pilu). Anak haram itu bertubuh sebelah. Sebelah kepalanya, sebelah dadanya, sebelah tangannya, sebelah kakinya!
(Orang-orang Kecil: 73-74)
Dengan kelahiran bayi yang begitu aneh, Peguam telah mengaitkan dengan cerita Italo Calvino tentang watak Mercado yang sebelah tubuhnya dipisahkan dengan sebelah lagi. Kaitan antara cerita Italo Calvino ini dengan kelahiran bayi Si Jelita yang aneh dapat di kaitkan bahawa pengarang ingin memberi perlambangan tentang kekuasaan para pemerintah yang tidak mentadbir sesebuah negara itu dengan adil dan amanah. Sehubungan itu, pengarang ingin mempersembahkan di atas pentas tentang “perpecahan jiwa” semua manusia. Manusia, sama ada yang berkuasa mahupun yang tidak berkuasa, mempunyai jiwa yang berbelah bagi, yang mencampur-adukkan hal yang baik dan yang buruk. Kadangkala kita bergerak semacam manusia yang telah di belah. Kebaikan yang ada terus lenyap, hilang, terpisah daripada jiwa kita, yang tinggal mengharapkan percantuman semula yang membawa kepada kesihatan mental dan berdoa agar menemui semula kesempurnaan yang dikurniakan oleh tuhan kepada mereka yang berusaha. Seperti manusia, sebuah negara juga boleh dipecah-belahkan sekiranya para pemimpin bertindak semacam tubuh badan yang sebelah sahaja, iaitu mereka cuma menggerakkan bahagian jahat tanpa mengimbangkan yang baik dan yang buruk.
Dengan kecantikan yang dimiliki oleh Si Jelita, maka telah ramai lelaki yang telah tergoda untuk memperisterikan Si Jelita. Selain Si Jelita membawa watak seorang yang tabah, teraniya, Si Jelita juga telah membawa watak penggoda dengan baik sekali sehingga, Doktor dan Peguam telah meluahkan keinginannya untuk memperisterikan Si Jelita. Penggoda ialah orang yang menggoda orang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat: 2010). Sifat penggoda yang dimiliki oleh Si Jelita juga telah memusnahkan kerjaya dan kehidupan beliau. Si Jelita telah di nodai sehingga termengandung. Dalam watak Doktor dan Peguam juga, mereka telah berkenan dengan Si Jelita, kerana Si Jelita sangat menawan dan mempunyai perwatakan yang menggoda seseorang lelaki itu. Ini dapat dibuktikan didalam teks drama Orang-orang Kecil, iaitu:
Doktor: ( suaranya agak tersangkut-sangkut): Sebenarnya…apa yang ingin saya katakana …saya tertarik kepadamu sejak malam perkenalan kita yang pertama, yang tidak sengaja itu. Saya mahu kau memikirkan ini: selepas anakmu lahir, kita hidup berdua sebagai suami isteri.(lantas meneguk habis air minumannya).
(Orang-orang Kecil: 53)
Dalam (Kamus Dewan Edisi keempat 2010:478), penggoda dapat di takrifkan sebagai orang yang menggoda. Dalam hal ini jelas menunjukkan Doktor dan Peguam telah tergoda dengan kelembutan dan kecantikan Si Jelita. Mereka ingin menjadikan Si Jelita seorang isteri di dalam hati mereka. Dalam kamus yang sama (Kamus Dewan Edisi Keempat 2010:478) tergoda dapat diertikan dengan banyak laki-laki yang terpikat oleh kemanjaan gadis itu. Dalam watak Si Jelita ini, beliau bukan seorang yang manja tetapi beliau seorang wanita yang cantik, lemah lembut dan berperwatakan sederhana. Sehubungan itu, kebaikan yang di tunjukkan oleh doktor telah terbuka hati Si Jelita untuk menjadi isteri kepada Doktor. Dalam watak Peguam juga, peguam telah melamar Si Jelita untuk menjadikan Si Jelita seorang permaisuri hati untuk selamanya, ini dapat dilihat:
Peguam:(tidak memahami maksud kata-kata SI JELITA): Tuan Doktor ada memberitahu saya , kau dulu tidak sihat. Sekarang nampaknya kau sihat sekali. Beginilah … bagaimana jika … ah, saya tidak pandai berkiasa, atau berlagak seperti penyair. Bagaimana jika saya memilih kamu memjadi pasangan hidup saya?
(Orang-orang Kecil: 66)
Tuan Doktor dan Peguam saling minat-meminati Si Jelita dan ingin menjadikan isteri. Sehubungan itu, Si Jelita, tidak terburu-buru untuk memberikan jawapan sebaliknya memberi tempoh kepada Peguam untuk Si Jelita memberikan jawapannya. Seorang Peguam sememangnya sanggup menunggu jawapan semasa menjalankan tugas mahupun semasa di luar tugasnya. Sifat tidak terburu-buru yang ditonjolkan oleh Si Jelita sangat penting kerana jika seseorang itu menberi jawapan tanpa memikirkan masa hadapan maka kehidupan mereka tidak akan bahagia. Sememangnya Si Jelita menyuruh Peguam menunggu jawapan yang akan di berikan oleh Si Jelita, ini dapat dilihat di dalam drama Orang-orang kecil iaitu:
SI JELITA: Tuan pulang lah dahulu. Saya pastikan akan memberikan
Jawapan.
Peguam: Jawapan pasti?
SI JELITA: Tuan, saya pasti akan memberikan jawapannya
(Orang-orang Kecil: 67)
Sifat tidak terburu-buru yang di tonjolkan olej Si Jelita sangat penting dalam memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak terburu-buru memberikan keputusan. Kerana jawapan yang akan di berikan adalah penentu masa depan kita. Sehubungan itu, Si Jelita adalah seorang yang suka merendah diri. Watak yang dibawa oleh Si Jelita sangat memberi impak yang berkesan untuk pembaca menerapkan nilai-nilai murni yang di garap oleh Si Jelita. Sehubungan itu, merendah diri harus di tanam di dalam diri kita agar kita tidak sombong di muka bumi ini. Ini dapat dilihat dalam bahawa Si Jelita sangat merendah diri:
SI JELITA: Tuan Peguam, janganlah memuji saya. Kadang, pujian atau tanpa pujian, kedua-duanya tidak memberikan erti kepada seorang wanita.
( Orang-orang kecil:90)
Ini jelas menunjukkan Si Jelita tidak suka di puji sebaliknya beliau sangat merendah diri dengan pujian yang di berikan oleh Peguam Sifat yang merendah diri ini sememangnya dituntut oleh agama Islam. Islam menggalakkan umatnya merendah diri semasa menjalani kehidupan seharian, dan islam juga menuntut umatnya merendahkan diri apabila menghadap ALLAH S.W.T. Seterusnya di dalam drama Orang-orang kecil ini memperlihatkan dan menonjolkan sifat-sifat yang dituntut oleh ALLAH. Sifat yang selalu dituntut dalam islam ialah hubungan manusia dengan manusia. Dalam aspek ini dapat di ditampilkan dengan akhlak yang terpuji samada sabar, bertolak-ansur, tolong-menolong, bekerjasama dan berkasih sayang. (Kamariah Kamarudin, 2011:224), Pengertian hubungan manusia dengan manusia juga di kenali sebagai ibadah ghair makhda, iaitu amalan zahir yang berhubung kait dengan perkara muamalah setiap hari dalam hidup manusia. Oleh yang demikian dalam konteks ibadah ini, hubungan manusia dengan manusia merupakan pertalian yang di dasarkan melalui penampilan persefahaman dan keharmonian dalam masyarakat. Justeru, kepentingan hubungan manusia dengan manusia dalam islam banyak di bicarakan di dalam Al- Quran. Misalnya menerusu Surah al- Baqarah Ayat 83, Surah Ali Imran Ayat 112 dan surah al- Nisa Ayat 199. Hubungan manusia dengan manusia sangat penting di dalam masyarakat untuk mempereratkan lagi hubungan sesame manusia. Ini dapat di jelaskan di dalam drama (Orang-orang kecil) iaitu:
WANITA II: … “Boleh tolong tunjukkan mana jalan restoran yang terkenal di daerah ini?” Saya bertanya pula: “Restoran cantik di tepi anak sungai?” Dan dia menjawab: “Ya, betullah tu.” Saya pun menunjukkan arah jalan itu.
(Orang-orang Kecil: 44)
Dalam watak Wanita II di dalam drama Orang-orang Kecil ini, menunjukkan sifat hubungan manusia dengan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa konteks tolong-menolong yang di bawa oleh Wanita II sangat penting. Dalam islam juga telah menggalakkan umatnya menanamkan sifat tolong-menolong antara manusia dengan manusia. Hubungan yang di jalin antara Wanita II dan Peguam yang baharu menetap di tempat itu meminta pertolongan menunjukkan jalan menuju ke Restoran. Wanita II telah menunjukkan tempat yang Peguam hendak di tuju dengan baik dan sopan santun. Sifat tolong- menolong yang di tunjukkan oleh Wanita II adalah salah satu sifat yang mulia di sisi ALLAH.
Sehubungan itu, manusia atau watak dalam drama menjadi komponen yang dianggap paling penting oleh kritikawan, pendekatan yang di gunakan psikologis. Wataklah yang akan beraksi, bercakap, berindak, berkonflik, dan beraksi antara satu sama lainnya bagi menimbulkan krisis, perimitan, kewujudan, klimaks dan jika perlu menyelesaikan persoalan di samping menyuguhkan pemikiran. Watak yang penuh estetik, bermotivasi, konsisten atau mengalami perubahan dan identiti selalunya akan merangsang perasaan membangkitkan keseronokan dan diikuti perkembangannya. Kategorian perwatakan kepada protogonis dan antagonis tetapi pendekatan psikologi lebih cenderung untuk menamakannya sebagai watak normal dan abnormal. Dalam (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:1085), normal dapat diertikan sebagai menurut aturan, keadaan, atau pola yang lazim. Ini bermaksud watak normal mewakili manusia yang konkrit tipikalnya, biasa cara tindakannya, menurut norma-norma yang di atur oleh budayanya dan tidak berkeinginan melakukan deviasi atau penyelewengan.
Watak normal yang terdapat di dalam drama Yang Menjelma dan Menghilang dapat di lihat dalam petikan di bawah ini:
ISTERI: (mengusap dan mengurut tubuh LELAKI I dengan lembut): aku pun berharap, dewa-dewa akan mendengar kata-katamu. (Menganbil sejenis mangkuk di sisinya, lalu menyudu sesuatu kemulut LELAKI I). Cubalah minum…ini susu kambing ternakanku…(teresak-esak).
(Yang Menjelma dan Menghilang: 130)
Dalam watak isteri yang di jelmakan di dalam drama Yang Menjelma dan Menghilang ini merupakan seorang watak isteri yang baik hati. Isteri dan Suami telah menolong Lelaki I yang sedang sakit. Sifat yang di tonjolkan oleh isteri telah memberi impak yang besar dalam mengetengahkan unsur budaya tolong-menolong antara satu sama lain. Unsur budaya yang di tonjolkan oleh pengarang amat besar fungsinya dalam budaya Melayu. Budaya melayu mementingkan sifat seperti tolong-menolong, bekerjasama, bantu-membantu, dan sebagainya. Dengan adanya budaya sebegini masyarakat atau khalayak pembaca akan menerapakan nilai-nilai murni ini ke dalam jiwa mereka. Sehubungan itu, drama Yang Menjelma dan Menghilang merupakan sebuah drama tentang pergelutan kuasa mereka di dunia dan di kayangan. Sehubungan itu watak abnormal pula, dalam definisinya yang mudah ialah manusia yang bukan normal. Watak abnormal dalam drama, juga karya sastera lainnya, mempunyai pengertian lojik, dan rasionalnya yang tersendiri. Pendeknya stail kelakuan dan pemikiran watak itu agak bertentangan dengan manusia biasa, ia agak ganjil dilihat dalam konteks budaya. Ini dapat di lihat pada watak Ratu Jenggala yang berani menyuarakan pendiriannya ke atas Betara Guru. Ini dapat dilihat dalam petikan di bawah:
RATU JENGGALA: (kepada BETARA GURU): Berhenti kamu disana! (Kepada SANG RAJUNA). Hari ini seteru mencari mangsanya yang dizalimi kerana balasan nyata tidak tertanggung hanya mangsanya punya makrifat menghalang kehancuran dan pedih kerajaan yang menghilang.
(Yang Menjelma dan Menghilang:193)
Ratu Jenggala merupakan watak abnormal yang bukannya dari dunia sebenar, sebaliknya Ratu Jenggala berasal dari kayangan, turun ke dunia untuk membantu Sang Rajuna yang dalam kesusahan dan kesakitan. Sehubungan dengan itu, watak wanita di ketengahkan oleh pengarang kepada Ratu Jenggala, merupakan seorang yang berani menyuarakan ketidakadilan pemerintahan Betara Guru di kayangan. Keberanian Ratu Jenggala amat mencabar kewibawaan pemerintahan Betara Guru dikayangan. Dalam drama ini jelaslah pengarang memberi perlambangan tentang kisah pergelutan antara beberapa orang pemimpin untuk mengekalkan kuasa pemerintahan mereka di dunia dan di kayangan. Ratu Jenggala tidak menyukai pemerintahan yang di tadbir oleh Betara Guru di kayangan kerana Betara Guru merupakan seorang yang sombong dan tidak mementingkan kebajikan rakyatnya. Selain itu Ratu Jenggala mempunyai ilmu kebatinan yang boleh mengeluarkan empat makhluk halus yang berada di dalam tubuh Sang Rajuna. Empat makhluk itu ialah, Dandan Jaya, Surya Laga, Kawistana, dan Gandawijaya. Keempat-empat makhluk ini menetap di tubuh Sang Rajuna tetapi Sang Rajuna sakit dan di khuatiri keempat-empat makhluk ini akan mati. Dan Sang Rajuna menyuruh Ratu Jenggala mengubati dan mengeluarkan keepat-empat makhluk itu. Ini dapat dilihat dalam petikan di bawah yang Ratu Jenggala mempunyai kuasa yang hebat:
RATU JENGGALA: (waspada dan mulai ritual): Beritahu kepadaku nama-nama mereka. Akan kupuja agar mereka keluar dari tubuhmu!
(Yang Menjelma dan Menghilang: 131)
Sehubungan itu peranan watak wanita yang dibawa oleh Ratu Jenggala merupaka seorang yang mempunyai kuasa ilmu kebatinan yang tinggi. Beliau dapat mengeluarkan keempat-empat makhluk yang berada di dalam tubuh Sang Rajuna. Ini sesuailah dengan watak abnormal yang sememangnya tidak boleh di lakukan oleh watak manusia yang normal. Ratu Jenggala menggunakan segala kuasanya untuk mengeluarkan makhluk yang berada di tubuh Sang Rajuna. Jika di teliti dengan bijak, pengarang telah meninggikan watak wanita dengan mempunyai kuasa yang hebat. Dan ini juga dalam kepimpinan tidak mustahil golongan pemimpin lelaki akan di kuasai oleh golongan wanita. Pengarang telah meninggikan peranan watak Ratu Jenggala yang mempunyai kuasa yang hebat. Perlambangan ini dapat diertikan bahawa pengarang secara sinis memasukkan perlambangan ketingan kuasa wanita yang suatu hari nanti akan memerintah sesebuah pentadbiran itu.
Sehubungan itu, watak wanita yang di tonjolkan didalam drama Yang Menjelma dan Menghilang ialah watak Widadari Suparba. Widadari Suparba merupaka seorang makhluk dari kayangan yang menetap di surgaloka merupakan seorang makhluk yang paling cantik di surgaloka itu. Kecantikan yang dimilikinya telah menyebabkan Sempurna Rupa dan Sempurna Duga ingin menculik dan membawa lari. Ini dapat dilihat dalam petikan dibawah:
WANITA: Yang pasti, wanita itu bukan sahaja jelita, tetapi juga pandai melakonkan kehidupannya, dan perpengalaman pula.
(Yang Menjelma dan Menghilang: 165)
Sempurna Rupa dan Sempurna Duga ingin membawa lari Widadari Suparba kerana ingin memberi kemarahan kepada pemimpin kayangan iaitu Betara Guru yang sangat zalim atas kepimpinannya. Dengan membawa lari Widadari Suparba, Betara Guru akan merasa marah dan geram kerana Widadari Suparba merupakan bidadari yang tercantik di dalam surgaloka itu. Sempuna Rupa dan Sempurna Duga ingin menegakkan keadilan keatas kepimpinannya yang tidak membawa keamanan dan tidak mempunyai keadilan dalam mentadbir sesebuah negara itu. Selain itu, watak Wartawan Wanita yang mengambil berat keatas bapak presiden telah meninggikan nilai-nilai murni seseorang wanita itu. Sekali lagi pengarang telah meninggikan peranan wanita dengan mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan mulia. Seseorang wartawan itu haruslah menjaga hati dan perasaan masyarakat yang berada di sekeliling mereka. Sehubungan itu Wartawan Wanita telah menjalankan tugas dengan baik dengan membawa watak seorang yang mengambil berat dan berpekerti mulia. Ini dapat dilihat dalam petikan di bawah:
WARTAWAN WANITA: Bagaimana dengan kecederaan yang Bapak Presiden alami? Mungkinkah Bapak Presiden akan mendapatkan Rawatan di luar negeri?
(Yang Menjelma dan Menghilang: 203)
Sifat yang dijelmakan oleh pengarang kepada Wartawan Wanita yang merupakan seorang yang mengambil berat sangat releven pada zaman ini, Pengarang ingin meletakkan sifat mulia kedalam jiwa masyarakat agar masyarakat tidak lupa akan nilai-nilai murni yang berada di dalam perasaan kita. Pengarang melihat dari matanya sendiri bahawa masyarakat kini telah hilang nilai-nilai murni dan perlambangan keatas Wartawan Wanita membawa mesej yang sangat besar untuk mengembalikan nilai-nilai murni ini dapat diterapkan di dalam jiwa masyarakat dan pembaca. Pengarang sangat mementingkan unsur-unsur keperibadian mulia dan kesopanan bertutur.
Sahubungan itu watak wanita yang mendapat pendidikan tinggi bekerja sebagai guru dan bergerak cergas dalam politik dapat ditemui dalam drama Pulang. Wanita ini mewakili kaum perempuan yang telah mendapat pendidikan menjelang kemerdekaan, malah wanita begini memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan. Dramatis menyentuh ceramah Khadijah Sidek dan Ibu Zain yang menggalakkan Rustam untuk memberanikan diri untuk memimpin bekas pekerja lombong serta penduduk kampung untuk menentang penjajah. Sifat yang di tonjolkan dalam watak Azizah yang berpendidikan dapat dilihat dalam petikan di bawah ini:
CAMPBELL: Sekarang maktab perguruan cutinya?
AZIZAH: Betul, Tuan Campbell. Cuti dua minggu
(Pulang: 218)
Pada zaman penjajahan British, Azizah merupakan seorang wanita kampung yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Maktab Peguruan Durian Daun di Melaka. Sehubungan itu, dramatis ingin menonjolkan bahawa pada zaman pada dahulu ilmu sangat penting dan pada zaman sekarang juga ilmu merupakan satu aset yang paling tinggi untuk di genggam. Jika pada zaman sekarang ini masyarakat tidak mahu mempelajari sesutau ilmu itu, maka mereka akan ditindas dan dipinggirkan. Perlambangan terhadap watak Azizah ini mengkritik hebat golongan masyarakat yang tidak mempunyai ilmu. Ilmu adalah pelita masa depan kita yang menerangi jalan kegelapan agar kita dapat mengharungi kehidupan ini dengan mudah. Dramatis sekali lagi telah mengangkat watak wanita yang berpendidikan tinggi dan telah mendahului masyarakat kampungnya dengan menuntut ilmu keperingkat menara gading. Selain itu, Azizah merupakan seorang yang tidak terburu-buru memberikan keputusan. Ini dapat dilihat dalam petikan di bawah:
CAMPBELL: Apa susahnya? Jawab ‘ya’ saja. Atau, sebab saya sudah tua, Azizah tidak suka sama saya?
AZIZAH: Bukan soal tua muda, tuan. Di kampung nelayan tempat saya dilahirkan dulu, ada lelkai 70 tahun baru kahwin. Tuan baru 50 tahun.
(Pulang: 219)
Sikap yang tidak terburu-buru dalam mengambil keputusan sangat wajar dilakukan oleh Azizah. Kerana, Tuan Campbell telah mempunyai isteri di tempat negara kelahirannya. Dan jika Azizah menerima lamaran Tuan Campbell, berkemungkinan masa depan Azizah akan terjejas untuk menjadi seorang guru, beliau sangat berfikiran matang dalam menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dramatis juga ingin menyelitkan unsur-unsur tersirat dalam sikap yang diambil oleh Azizah. Dramatis mungkin tidak mahu melihat orang melayu menerima bulat-bulat pujuk rayu penjajah yang menjajah Tanah Melayu. Sifat jati diri Azizah melambangkan beliau tidak mahu dicemuh oleh orang kampung dengan mengahwini seorang warga British dan merupakan penjajah Tanah Melayu. Selain itu, Azizah juga merupakan seorang yang tegas dalam menyuarakan pendapatnya. Ini dapat dilihat dalam petikan dibawah:
Azizah: Tak bole salahkan mereka rustam. Orang kita perlu pemimpin yang berpandangan jauh, berani dan tegas. Sekarang ini orang bukan sahaja bercakap tentang pemimpin, tetapi juga politik. Sebab itu orang berduyun-duyun datang dengar ceramah politik Tuanku, Dato’ Onn, Ibu Zain atau Khadijah Sidek.
(Pulang: 237)
Dalam petikan di atas ini Azizah menyuarakan ketegasannya kepada Rustam yang baru sahaja keluar dari penjara. Ketegasan yang disuarakan oleh Azizah mengenai, penduduk kampung memerlukan ketua pemimpin yang dapat membela nasib orang-orang kampung. Dan Azizah menyarankan Rustamlah yang layak untuk menjadi pemimpin dalam kampung itu. Sehubungan itu, dramatis meletakkan nilai ketegasan ini untuk khalayak mempunyai jiwa yang kuat dalam menyuarakan pendapat atau pandangan yang bermain di fikiran.
Mengenai konsep ruang yang difokuskan adalah untuk melihat domain dan peluang yang terbuka kepada wanita dalam masyarakat. Ini kerana wanita sering di letakkan dalam ruang pengurusan rumah tangga disamping dibenarkan juga bergiat dalam masyarakat tanpa mengabaikan peranan asasi dalam rumah tangga sebagai isteri dan ibu. Dalam watak Azizah misalnya, dramatis ingin memberi perlambangan bahawa anak muda harus menonjolkan identiti diri dan mempunyai semangat cinta akan tanah air yang dapat memperjuangkan hak-hak diri mereka. Dalam watak Azizah merupakan seorang wanita yang berpendidikan tinggi mempunyai semangat terhadap perjuangan tanah air dan beliau telah melibatkan diri dalam dunia politik untuk meninggikan maruah kampung beliau. Semangat yang di tonjolkan oleh Azizah dapat dilihat dalam petikan dibawah ini:
Azizah: Itu soal kedua. Yang penting, semangat kita untuk bergerak dan berjuang melalui parti. Kalau kita mahu, kita boleh panggil tokoh politik dari Kuala Lumpur datang rasmikan mesyuarat penubuhan cawangan parti di sini. Macam mana? Kami semua tunggu jawapan Rustam ni.
(Pulang: 241)
Semangat yang ditonjolkan oleh Azizah merupakan semangat terhadap parti politik. Politik sangat penting pada zaman itu untuk memperjuangkan hak masyarakat kampung untuk membela nasib. Azizah menyeru kepada orang kampung agar menyertai parti politik untuk menegakkan keadilan dan dapat memperjuangkan tanah air agar tidak dijajah kembali oleh penjajah.
Penutup
Dari analisis ini, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga drama ini berkisarkan tentang perjuangan dan kepimpinan ketua pemimpin dalam mentadbir sesebuah negara. Dalam drama “Yang Menjelma dan Menghilang” berkisar kepada pemikiran luas dramatis tentang kepimpinan dan kuasa. Bentuk drama ekperimental ini agak segar bagi zamannya. Manakala drama “Orang-orang Kecil” merupakan drama elegori tentang kuasa dan kepimpinan yang dijelmakan pada ruang simbolik yang lebih kecil. Dalam ceri Mercado daripada pena Italo Calvino, yang di petik oleh Anwar Ridhwan untuk drama ini, didapati bahawa mana-mana sesebuah kekuasaan “kadang mesti autokrasi. Kadang sangat manusiawi. Lantas, drama Anwar Ridhwan juga memperlihatkan kompleksiti ini. drama yang bernada intelektual ini sesuai disampaikan melalui teknik ekperimental yang juga usaha berani beliau dalam mempelopori drama berlapis. Dalam drama “Pulang” pula mempertentangkan ideal seorang nasionalis sebelum merdeka dengan kehidupan gaya colonial. Drama pascakolonial ini turut mengetengahkan isu bahasa, pendidikan, sosial dan semangat kebangsaan melalui naratif yang menghiburkan.
Dalam watak-watak wanita yang ditonjolkan oleh dramatis merupakan perlambangan kepada kerakusan pemimpin, ketidakadilan pemimpin, semangat perjuangan mempertahankan tanah air. Dramatis telah meninggikan watak wanita dengan mengemukan pelbagai isu Negara. Wanita menjadi perlambangan untuk menyampaikan makna-makna yang tersurat dan yang tersirat. Watak wanita sangat penting dalam sesebuah karya bagi menghidupkan jalan cerinya dan menjadikan wanita isu setaraf dengan watak lelaki.
Bibliografi
Rosnah Baharudin, 2003. Wacana Wanita Melayu dan Sastera. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mana Sikana, 1985. Esei-esei Kesusasteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamariah Kamrudin, 2011. Takmilah dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wong Soak Koon, 2010. Dewan Sastera. Menghayati Drama Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar Ridhwan, 2009. Edisi Khas Sasterawan Negara. Kumpulan Drama Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Ghouse Nasuruddin, 2009. Dewan Sastera. Pemikiran Noordin Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drama Lawyer Dahlan: Menganalisis Konflik Jiwa Manusia daripada pendekatan psikologi
Oleh: Mohd Efandi Bin Md Yusop
Universiti Putra Malaysia
Pengenalan
Pendekatan Psikologi merupakan pengajian psikologi terhadap pengarang sebagai
seorang individu atau pengajian tentang proses penciptaan, jenis dan hukum psikologi adalah
yang terdapat dalam karya sastera atau kesan sastera terhadap pembacanya (Rene Wellek
atau Austin Warren,1988: 121). Psikologi merupakan suatu ilmu penerokaan ke dalam batin
atau jiwa manusia. Menurut Wikipedia ,psikologi adalah himpunan bidang klinikal dan
penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi dan keupayaan diri.
Antara tokoh penting dalam pendekatan psikologi adalah Freud, Jung, Adler, Bril, Abraham
Maslow dan bapa pendekatan iaitu Wilhem Wundt. Terdapat tiga psikoanalisis Sigmund Freud
iaitu id, ego dan super ego yang sesuai untuk menganalisis aspek kejiwaan sesuatu watak
dalam sesebuah novel mahupun drama sehingga dapat melahirkan pelbagai tingkah laku.
Menurut Robert D.Nye, (1992:16) id adalah bahagian personaliti yang paling primitif yang dimiliki oleh manusia. Id merupakan sistem asal yang datng bersama bayi dan tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Menurut Terry Eagleton (1988:176) tuntutan id adalah rakus dan tidak pernah berasa puas. Antara contoh id adalah kesemua kehendak seperti hubungan seks, keganasan,makan minum ,keghairahan dan lain-lain.
Manakala ego pula adalah di anggap eksekutif kepada personaliti atau perwatakan
manusia. Ego adalah struktur personaliti yang akan mencari jalan dan akal bagaimana untuk
memuaskan kehendak id tidak terbatas. Menurut Terrt Eagleton lagi (1988:176) unsur ego
adalah entiti yang membawa atau mengundang rasa belas kasihan oleh kerana terpukul dengan
keadaan dunia luar. Habibah Elis dan Noran Fauziah (1997:20) juga mengatakan bahawa unsur
ego sebagai melengahkan kepuasan id sehingga seseorang dapat menjumpai objek yang
sesuai dengan persekitarannya.
Unsur ketiga pula adalah super ego. Super ego satu kuasa yang wujud dalam jiwa
seseorang yang akan mengawal segala kehendak yang akan menentukan baik buruk sesuatu
perkara. Super ego akan mereflisasikan nilai-nilai baik dan buruk dan mengandaikan individu
atas tuntutan moral. Apabila ia terjadi perlanggaran nilai,super ego akan menghukum ego
dengan menimbulkan rasa bersalah dalam diri.
Melalui tiga komponen psikologi iaitu id, ego dan super ego maka akan timbullah suatu
konflik dalam diri manusia. Kesan konflik ini akan dijadikan sebagai hasil kajian pengkaji melalui
tajuk yang berkenaan. Perkataan konflik berasal daripada kata kerja Latin Configure yang
beerti saling memukul. Secara sosiologis konflik dapat di ertikan sebagai satu proses sosial
antara dua orang atau lebih. Pelbagai cara atau membuatnya tidak terdaya contohnya ketika
terjadi perbezaan pendapat atau cara pandangan antara satu sama lain. Menurut Taquri dalam
bukunya yang bertajuk New Strom dan Davis (1977:20) pila mendefinisikan bahawa konflik
merupakan masa kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam perbezaan keadaan akibat
daripada bangkitnya keadaan ketidak setujuan dan tentengan antara dua pihak atau lebih.
Metodologi Kajian
Kumpulan pengkaji mengkaji drama yang bertajuk Lawyer Dahlan yang telah di hasilkan
oleh Shaharom Husain. Tajuk kajian pengkaji adalah untuk mengkaji unsur pendekatan
psikologi berdasarkan drama Lawyer Dahlan. Psikologi Sigmund Freud terbahagi kepada tiga
iaitu id,ego dan super ego. Melalui pengkajian yang telah di lakukan ketiga–tiga komponen
psikologi tersebut akan menghasilakan beberapa konflik. Antaranya konflik manusia dalam diri,
konflik manusia dengan manusia, konflik manusia dengan masyarakat, konflik manusia dengan
pangkat atau taraf sosial dan konflik manusia dengan alam itu sendiri.
Objektif Kajian
Menganalisis konflik manusia yang terdapat dalam Drama Lawyer Dahlan.
Berdasarkan kajian drama Lawyer Dahlan karya Shaharom Husain, 0bjektif kajiannya
adalah untuk menganalisis konflik manusia yang di paparkan menerusi drama ini. Apa yang
dikatakan dengan konflik ialah,konflik ini dapat diertikan sebagai satu proses sosial antara dua
orang atau lebih (kelompok) iaitu di mana salah satu pihak berusaha menyinkirkan pihak lain
dengan pelbagai cara atau membuatnya tidak berdaya. Contohnya ketika terjadi perbezaan
pendapat atau cara pandangan antara satu sama lain dan dalam kelompok sendiri. Menerusi
drama ini juga pelbagai konflik telah dapat dirungkaikan melalui kajian yang telah dijalankan,
antara konflik yang timbul ialah konflik antara manusia dengan alam, konflik antara dua insan,
konflik dalam diri manusia sendiri, dan juga konflik antara manusia dengan masyarakat. Konflik
ini timbul apabila ID yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai konflik telah ditimbulkan. Oleh
hal demikian drama ini dapat memaparkan sejauh mana masyarakat kini menghadapi konflik
dalam hidup dan bagaimana cara untuk mengawalnya.
Pernyataan Masalah
“Manusia mempunyai pelbagai konflik di dalam hidup dan memerlukan jalan penyelesaian yang
sesuai dan supaya tidak membebankan individu. Penerokaan kedalam batin dalaman manusiawi
bagi memahami kemanusiaan dan sikap hidupnya merupakan suatu pendekatan yang
merangsangkan. Manusia dengan misteri dan keunikannya menjadi kajian, bukan sahaja
menyeronokan tetapi penting.”
(Mana Sikana,1986: 118)
Dapatan Kajian.
Konflik dalam diri manusia merupakan konflik yang akan muncul apabila unsur id, ego dan super
ego timbul dalam diri termasuklah perasaan tidak puas hati. Ini boleh dilihat di dalam drama
Lawyer Dahlan yang memaparkan watak Dahlan yang tidak berpuas hati terhadap masyarakat
disekelilingnya yang suka meminta-minta, dan tidak mahu berusaha untuk memajukan diri untuk
mendapatkan sesuatu. Ini dapat dilihat melalui beberapa watak seperti watak Rahman iaitu
wakil Badan Perikatan yang datang ke rumah Dahlan untuk meminta bantuan membina Sekolah
Rakyat. Contoh petikan yang memaparkan berlakunya konflik dalam diri Dahlan adalah seperti
di bawah:
Pak Hamid: Tengok, Lan, usaha yang sedang kita buat. Mudah-mudahan
dapat kita mempunyai sekolah rakyat yang benar-benar
dibina oleh rakyat untuk rakyat. Aku rasa dibandar-bandar,
pekan-pekan dan dimana-mana juga, orang-orang kita suka
membuka tangannya menderma, bukan?
Dahlan: Ya, suka, hingga naik jemu jelak saya memandangnya. Lagi-lagi
Derma. Beginilah rupanya orang minta derma. Bila tak ada
wang, buat-buat manis datang pada orang ramai. Bila makan sedap, berjamu, keramaiaan itu, keramaian ini mereka sama mereka.
(halaman 178)
Konflik dalam diri manusia juga di hadapi oleh Rahimah yang tidak berpuas hati terhadap sikap suaminya iaitu Dahlan yang suka berfoya-foya dengan perempuan. Rahimah terpaksa menanggung segala hutang suaminnya yang telah dipinjam daripada ah long. Dahlan sering keluar malam dan balik lewat sehingga rahimah tidak dapat menahan lagi penderitaan yang dialaminya selama ini. Ini dapat dilihat menerusi contoh yang berikut:
Rahimah: Dah pukul satu belum balik-balik lagi. Betina mana yang
tahan dibuatnya macam ini, balik jauh-jauh malam… jantan
tak sedar diri tak mengenang budi. Dah lupakan daratan.
lupakan rumah tangga. Habis semua barang-barang kemas
digadainya. Gaji habis dicurahkan pada si iblis rumah
tangga sial itu. Tiap-tiap malam orang disuruhnya
menjengkel mata.
(halaman 209)
Konflik dalam diri manusia, konflik ini dapat dilihat menerusi watak Dahlan selepas pulang dari England Dahlan seolah-olah lupa akan cara kehidupan orang timur, Dahlan begitu terpengaruh dengan kebudayaan barat yang negative seperti terlibat dengan pergaulan bebas dan berfoya-foya dengan wanita di kelab malam dan sering mabuk-mabuk. Ini dapat dibuktikan menerusi petikan dibawah:
Rahimah: Dah pukul satu belum balik-balik lagi. (Bangun berjalan pergi
Pergi balik). Betina mana yang tahan dibuatnya macam ini?
Tiap-tiap malam macam ini, balik jauh-jauh malam…jantan
Tak sedar diri tak mengenang budi. Dah lupakan daratan.
Lupa rumah rumah tangga. (mengesat-ngesat mata dengan sapu tangan). Habis semua barang-barang kemas digadainya.
Gaji habis dicurahkan pada si iblis rumah tangga sial itu. (suara di luar sebeng mengetuk). Tiap-tiap malam orang disuruhnya menjengkal mata.
(halaman 209)
Konflik dalam diri Rahimah juga muncul akibat perasaan cemburunya yang mendalam terhadap suaminya iaitu dahalan yang suka berfoya-foya terhadap wanita lain. Dahlan seolah-olah tidak menghiraukan bahawa beliau sudah mempunyai isteri, tetapi disebabkan sikapnya yang ego dan terpengaruh dengan budaya barat semasa beliau melanjutkan pelajaran kehidupannya telah bertukar cara hidup barat, ini membuatkan Rahimah berasa cemburu dengan kelakuan Dahlan yang sudah berubah mencari perempuan lain. Contoh ini dapat dilihat daripada petikan di
bawah:
Rahimah: Tengok bukti?... Apa ini? (menunjukkan gincu merah di baju Dahlan). Lipstik siapa? Rumah tangga hampir nak roboh,
abang belum sedar-sedar diri dan insaf… berkali-kali Mah ingatkan abang, tapi abang masih nak menegakkan benang basah abang. Bersosial yang bukan-bukan, asyik minum, rumah tangga abang tak pedulikan. Orang gaji lari tak terbayar gaji. Hutang bertompok-tompok tak terbayar
(halaman: 210)
Selain itu terdapat juga konflik manusia dangan manusia. Konflik ini timbul berpunca daripada psikologi manusia yang di pengaruhi oleh unsur - unsur id, ego dan super ego. konflik antara manusia dengan manusia yang terdapat dalam Drama Lawyer Dahlan dapat dilihat menerusi watak Rahimah dengan ibunya, Rahimah sebelum berkahwin dengan Dahlan merupakan seorang yang peramah, baik hati dan suka menolong orang. Tetapi apabila Rahimah berkahwin dengan Dahlan sikapnya telah berubah dan sikapnya semakin berubah selepas ia pulang dari England. Emak rahimah yang datang ke rumah rahimah tetapi rahimah tidak mengaku emaknya sendiri malah telah menghalau emaknya sendiri, emaknya yang datang dari kampung dengan membawa ubi, nangka muda tetapi Rahimah tidak mengendahkan benda itu semua.. Emak Rahimah begitu berkecil hati dengan sikap Rahimah yang telah banyak berubah. Ini boleh dibuktikan melalui contoh yang berikut:
Rahimah: bukan, Encik Hamdan. Perempuan macam itu takkan Mak
Saya. Ubi, nangka muda dan lain-lain dibawa ke mari. Buat
Malu saja. Mana ada orang disini makan benda-benda itu
Semua ? Amin,lekas suruh dia pergi…kalau Encik Dahlan
Kau balik nanti, kau semua di hamunnya.
(halaman 194)
Di samping itu juga, konflik antara manusia dengan manusia juga berlaku antara Dahlan dengan Rahimah. Selepas balik daripada England belajar undang-undang, kehidupan rumah tangga antara Rahimah dengan Dahlah tidak seperti kehidupannya semasa awal perkahwinannya. Kehidupan Dahlan begitu bebas dan mengikut cara barat sepenuhnya. Dahlan sering berfoya-foya dengan wanita, sering minum dan ini menyebabkan rahimah berasa tidak selesa dengan keadaan ini. Semua barang perhiasan Rahimah telah digadaikan oleh Dahlan untuk tujuan berfoya-foya dengan wanita lain. Rahimah yang tidak berpuas hati denga sikap Dahlan telah menegur sikap Dahlan yang selalu pulang lewat dan sering mabuk dan ini telah menyebabkan Dahlah naik angin dan terus menceraikan Rahimah. Ini dapat dilihat melalui contoh petikan dibawah:
Rahimah: Betina mana yang sabar, isteri mana sanggup hidup serupa
Ini?, ada laki, laki tak pedulikan rumah tangga. Hari-hari leka
Bersuka-suka mabuk dengan pisau cukur. Tak malu pada
Masyarakat.
(halaman 211)
Konflik antara manusia dengan manusia juga juga terjadi dalam Drama Lawyer Dahlan antara Dahlan Dengan Pak Hamid iaitu bapa saudara Dahlan. Dahlan yang telah menceraikan rahimah telah dimarahi oleh pak hamid. Pak hamid yang datang ke rumah Dahlan untuk memujuk Dahlan supaya mengambil kembali Rahimah tetapi Dahlan enggan berbuat demikian dan berlaku pertengkaran antara Dahlan dengan Pak Hamid. Pak Hamid yang tidak tahan dengan sikap Dahlan tidak mampu lagi untuk memujuk Dahlan dan berdoa agar anak saudaranya itu berubah suatu hari nanti dan kembali ke pangkal jalan. Ini dapat dibuktikan melalui contoh yang berikut:
Pak Hamid: Dasar kejam, kau bersalah. Rahimah berasal perawan
Desa. Berasal sekuntum bunga suci dalam jambangan kampung; Sengaja kau petik, kau sunting, kemudian layu kau buang ke longkang.
Dahlan: Patut, kotor menyimpang bunga layu.
(halaman 216)
Selain itu konflik antara Dahlan dan bapa saudaranya Pak Hamid dimana Dahlan Dahlan semenjak tinggal di kampung Hulu lagi hubungan antara Dahlan dan Pak Hamid tegang. Dahlan dan Pak Hamid Tidak sependapat dalam semua hal terutamanya hal berkaitan dengan kemasyarakatan. Dahlan begitu benci kepada masyarakat disekelilingnya kerana menganggap masyarakat disekelilingya tidak mahu berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan hanya pandai meminta derma untuk membuat sesuatu. Berlainan pula dengan Pak hamid begitu pruihati kepada setiap masyarakat yang memerlukan pertolongan. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh yang berikut:
Di samping itu juga dalam dalam Drama Lawyer Dahlan terdapat juga konflik manusia dengan pangkat. Dahlan yang begitu berbangga dengan dirinya yang telah lulus undang-undang semasa belajar di England telah menjadi seorang yang bongkak. Selepas pulang dai belajar undang-undang di England Dahlan telah menjawat jawatan sebagai majistret dan sikapnya berubah sama sekali. Dahlan sangat membenci kepada masyarakat yang selalu datang kerumahnya untuk untuk meminta derma. Ini boleh dibuktikan melalui contoh yang berikut:
Dahlan: Tapi, saya fikir kelulusannya tak tinggi dan tak di akui di negeri
Kita ini.
Zakiah: Maaf encik. Taman Pendidikan Islam belum lagi utamakan soal
Kelulusan dan ketinggian pelajaran untuk balik bergaji besar atau
Berpangkat besar. Sebenarnya Taman pendidikan Islam
Mementingkan soal hendak member pelajara dan pendidikan
Yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negeri ini.
Pelajaran tinggi saja tak cukup kalau tak disertai dengan
Pendidikan, iaitu pendidikan yang sesuai untuk perjuangan
Kebangsaan dan kemajuan tanah air.
(halaman 206)
Konflik manusia dengan status sosial ini berkaitan dengan perbezaan taraf kehidupan antara dua insan. Konflik ini sering dikaitkan antara dua taraf kehidupan masayrakat atasan dan masyarakat bawahan.Sering dikatakan bahwa masyarakat atasan akan memandang rendah kerpada masayarakat bawahan yang miskin. Mereka menganggap bahawa diri mereka sebagai golongan atasan tidak layak untuk bergaul dengan golongan bawahan keranan status sosial mereka berbeza. Perkara ini ada kaitannya dengan sifat dalaman hati seseorang itu. Konflik ini akan timbul apabila unsur dalam diri manusia iaitu id,ego dan super ego mengawal tingkah laku manusia. Dalam hal ini id merupakan sistem asal yang datang bersama bayi dan idak tahu apa itu betul atau salah. Dikatakan juga id adalah satu sistem yang rakus dan tidak pernah puas. Dengan ini manusia yang tidak mampu mengawal kemahuan id dan ego sebagai jalan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini oleh id maka ia akan mengawal tingkah laku manusia dan manusia akan melakukan apa sahaja yang meeka ingin lakukan. Dalam drama Lawyer Dahlan ini kita dapat melihat beberapa contoh konflik manusia dengan status sosial. Antara contoh yang dapat dilihat adalah konflik mengenai perbezaan antara golongan yang miskin dan kaya. Ini dapat dilihat di dalam watak Dahlan yang sering memandang rendah terhadap golongan masyarakat bawahan yang tidak sama taraf hidupnya. Golongan masyarakat tersebut dianggap sering meminta-minta kekayaan yang ada padanya. Ini dapat dilihat daripada watak-watak seperti watak Rahman iaitu wakil Badan Perikatan, Lebai Alang iaitu pemungut derma Kebajikan Agama, Borhan pemungut derma kebangsaan dan Zakiah iaitu pemungut derma Taman Pendidikan Islam yang datang untuk meminta bantuan daripada Dahlan, tetapi Dahlan tidak memberi apa-apa wang kepada mereka. Ini dapat dibuktikan melalui petikan dibawah:
Dahlan: Ya, suka, hingga naik jemu jelak saya memandangnya. Lagi-lagi
Derma. Beginilah rupanya orang minta derma. Bila tak ada
wang, buat-buat manis datang pada orang ramai. Bila makan sedap, berjamu, keramaiaan itu, keramaian ini mereka sama mereka.
(halaman 178)
Selain itu ia juga dapat dilihat didalam petikan ini:
Zakiah: Saya diperintahkan memungut derma buat menambah wang derma
Pelajaran tinggi anak seorang tani ke Mesir. Tiga puluh peratus dari pendapatan derma akan didermakan ke Taman Pendidikan Islam
(Sehelai surat diserahkan kepada Dahlan dan dibaca oleh Dahlan dengan teliti).
Dahlan: saya tak ada anak, saya fikir tak mustahak menderma.
(halaman 205-206)
Didalam drama Laywer Dahlan terdapat unsur mementingkan pangkat dan darjat. Ini dapat dilihat daripada watak Rahimah iaitu isteri kepada Dahlan yang sering memaki hamun tukang gajinya iaitu Hasan. Hasan merupakan tukang gaji kepada Rahimah dan Dahlan yang berasal sama kampong dengan Pak Hamid. Hasan merupakan seorang yang lurus bendul tetapi mempunyai budi pekerti yang mulia.Contoh ini dapat dilihat daripada petikan dibawah:
Rahimah: Apa kata kau, Hasan? (Dahlan tertawa dan pak Hamid tersenyum)
Ikut sama? (bangun memandang Hasan dengan marah)… tengok muka kau sikit, tak sedar diri jadi hamba orang. Pergi masuk. Tak ada siapa dan tak ada fasal nak bawa kau. Bodoh, biadap, suka menyampuk cakap orang. Sudah, masuk
(Halaman 189-190)
Selain itu terdapat juga konflik manusia dengan masyarakat di dalam drama Lawyer Dahlan ini. Sehubungan dengan itu konflik ini dapat dilihat dari watak Rahimah dengan masyarakat bawahan seperti orang gaji dan masyarakat peminta sedekah. Rahimah merupakan seorang majikan yang garang terhadap orang gajinya. Rahimah sering memandang rendah kepada orang gajinya dan selalu mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘bodoh’ kepada orang gajinya. Hassan merupakan orang gaji Rahimah yang sering kali dimarahi oleh Rahimah. Sikap Rahimah ini menggambarkan Rahimah seorang yang mementingkan diri dan terlalu mementingkan darjat. Ini dapat dilihat daripada petikan dibawah:
Hassan: Maaf, encik. Kalau Encik Dahlan dan Cik Puan (menunjuk rahimah)
Belayar ke England, bagaimanalah hal saya? Agaknya saya ikut sama,
Encik.
Rahimah: Apa kata kau, Hassan? (Dahlan tertawa dan Pak Hamid). Ikut sama
(Bangunan memandang Hasan dengan marah) ….Tengok muka kau
Sikit. Tak sedar diri jadi hamba orang. Pergi masuk. Tak ada siapa
Dan tak ada fasal nak bawa kau. Bodoh, biadap, suka menyampuk
cakap orang. Sudah, masuk.
(Halaman 189-190)
Kesimpulan
Psikologi adalah satu kajian yang mengkaji pergolakan jiwa dalam diri individu mahupun masyarakat dalam mengharungi kehidupan mereka.Selain itu juga pisikologi menentukan gaya hidup sesaorang yang meliputi ID,EGO dan SUPER EGO. Tanpa adanya kemampuan sesaorang itu untuk menghalang dan membendung kemahuan unsur id yang mempunai kemahuan yang tidak mampu dikawal dan dibantu dengn unsur ego yang membantu unsur id untuk mencapai hasratnya maka sesaorang itu tidak mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan yang terbaik sehingga mampu menyakiti hati orang lain.Seperti dalam drama Lawyer Dahlan ini, banyak menceritakan mengenai pergolakan diri manusia yang masing-masing mempunyai sifat ego dan kemahuan dalam diri tinggi hingga tidak boleh dihalang oleh orang lain. Konflik yang berlaku dalam kehidupan mereka ini adalah disebabkan kegagalan mengawal kemahuan tiga unsur yang utama dalam hati iaitu id,ego dan super ego. Dengan ini konflik akan dapat di selesaikan apabila salah satu pihak mengalah untuk membenarkan satu pihak yang lain untuk mencapai hasrat mereka. Oleh itu Psikologi manusia amat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Tanpa adanya pemikiran yang waras dan tanpa adanya kekuatan dalam diri sesorang itu, maka dia tidak mampu untuk menghalang unsur id,ego dan super ego menguasai diri mereka.
Ketaksaan dalam Karya Drama Anwar Ridhwan
KETAKSAAN DALAM KARYA DRAMA ANWAR RIDHWAN
©Oleh A Rahim Abdullah, ASWARA, 2007
PENDAHULUAN
AMBIGUITI salah satu unsur sastera. Ciri-ciri ambiguiti dan ketaksaan penting sebagai satu gejala, tanda dan unsur di dalam karya kreatif. Ia berkait rapat dengan proses kreatif, pemikiran dan ideologi pengarang. Ambiguiti membawa maksud ‘perihal yang kabur atau ‘taksa’ (Kamus Dwibahasa, 2001: 38). Kekaburan atau ketaksaan itu bertujuan untuk menyembunyikan maknanya yang sebenar. Justeru sifat ambiguous menjadi penting dalam karya kreatif sebagai sebuah teks mengandungi makna yang tersirat, yang tidak dikhabarkan dengan jelas oleh pengarangnya.
Ambiguiti diletakkan dalam kategori ‘intuition’ dan bertaraf (degree of evidence) yang sinonim ertinya dengan uncertainty, incertitude, doubtfulness, dubiety, dubiousness, indetermination, slipperiness, fallibility, perplexity, dan hestitation. Memahami maksud intuisi, maka ketaksaan terjadi atau berlaku sebagai satu cara bagaimana seseorang penulis atau pengarang mengambil sikap, dalam rangka mencipta karya dan pemikiran kreatifnya, melalui beberapa kualiti
gaya yang bersamaan pula dengan maksud kekaburan (obscurity), di samping kata imperspicuity. Kata sifat: obscure, confused, ambiguous, vague, unintelligible, dan involved ini, kesemuanya diletakkan dalam kelompok‘Komunikasi Idea’ dalam Roget’s Thesaurus, (1992; 571).
Berdasarkan pengertian di atas, penulis memilih tiga buah drama Anwar Ridhwan yang ingin dibicarakan dalam makalah ini iaitu: Orang-orang Kecil,Yang Menjelma dan Menghilang, dan ‘P.U.L.A.N.G’. Kita akan melihat pemikiran Anwar Ridhwan di dalam ketiga-tiga teks ini yang banyak tersembunyi beberapa kemungkinan. Ada mitos yang bergeser dengan nilai moden, dan ada tanda-tanda mengenai fenomena kehidupan pascakolonial yang masih gagal atau tidak dapat dibebaskan daripada kehidupan masa kini bangsa Melayu, walaupun sudah diberikan taraf kemerdekaan sejak 40 tahun lalu. Dengan kata lain, ideologi dan idealisme pengarang terbungkus dalam pelbagai lipatan itu harus kita rungkaikan. Ketiga-tiga buah drama ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri.
ALEGORI DI DALAM ‘ORANG-ORANG KECIL’
Kata ‘alegori’ bermaksud cerita, puisi dan lain-lain yang di dalamnya sifat-sifat tertentu (seperti kesabaran, keikhlasan, kejujuran) digambarkan oleh watak-watak dan peristiwa; ataupun ia sebuah kiasan dan ibarat (Kamus Dwibahasa, 2001: 33). Menurut konsep drama pula, ‘alegori’ adalah suatu bentuk drama dengan para wataknya yang tidak memakai nama manusia biasa, sebaliknya menggunakan nama yang sesuai dengan peranannya, seperti Pengawal, Pelayan, Penunggu, Tukang Sapu dan sebagainya, dan bentuk drama ini sudah terkenal di Eropah Barat sejak abad ke-16 lagi (Kamus Istilah Seni Drama, 1985; 4).
Teks drama Orang-orang Kecil yang telah memenangi hadiah utama Peraduan Drama Pentas ESSO-GAPENA II pada tahun 1990 ini, mengandungi kedua-dua pengertian alegori untuk kedua-dua maksud di atas. Inilah satu keistimewaan yang terdapat pada drama yang digerakkan oleh watak-watak yang tidak diberikan nama seperti lazimnya dalam kehidupan moden. Sebaliknya diberikan nama-nama yang sesuai dengan tugas atau peranan masing-masing, seperti Doktor, Peguam, Si Jelita, Lelaki I, Lelaki II, Lelaki III, Wanita I, Wanita II, dan Wanita III.
Watak utama drama ini ialah Doktor (berusia 60 tahun) masih sihat dan seorang yang sangat serius. Doktor ini hadir ke rumah warisan dan bercita-cita hendak membeli rumah berkenaan. Watak Doktor ini, dikiaskan kepada pemimpin yang akan memimpin segala corak pentadbiran di rumah warisan itu. Dia selalu bermimpi aneh, dan kejadian ini mendorongnya hendak membeli rumah itu.
Plot naratif drama ini berkembang dengan kehadiran watak-watak yang diberi nama: Peguam, dan Mereka (terdiri daripada Lelaki I, Lelaki II, Lelaki III, Wanita I, Wanita II dan Wanita III) yang setia menjaga rumah warisan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Sementara Peguam, berusia sekitar 40 tahun itu adalah melambangkan seorang bangsawan, yang suatu ketika dulu pernah menjadi tetamu di rumah warisan itu. Menurut Peguam, Doktor itu cukup bertuah apabila mengambil keputusan untuk membeli rumah itu.
Klimaks muncul apabila watak Si Jelita yang menjadi tanda-tanya pembaca, bagaimana boleh terjadi yang tiba-tiba berada di rumah warisan yang menjadi latar utama drama ini. Mereka yang bertugas di rumah itu juga tertanya-tanya, bagaimana Si Jelita boleh muncul setiap kali ada tetamu baharu? Si Jelita seterusnya menjadi objek kepada Doktor dan Peguam yang sama-sama jatuh hati dengannya.
Rumah warisan ini mungkin sahaja boleh ditafsirkan sebagai imej sebuah negara yang berdaulat – negara kita yang harus dipertahankan dengan apa cara jua pun. Rumah warisan yang besar itu mempunyai empat belas kamar serba lengkap. Dengan kata lain, Orang-orang Kecil adalah drama alegori. Dialog para wataknya juga penuh ketaksaan. Ada kalanya kita berasa tidak rasional, apabila golongan marhean yang bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi mampu berfalsafah. Gaya percakapan mereka pula persis ahli pidato, misalnya pada Babak 10:
WANITA II : (HANYA suaranya yang kedengaran di ruang tamu). Hari yang malang
lagi untuk paranormal.
LELAKI II : (Juga suaranya sahaja di ruang tamu tetapi lebih jelas dan dekat).
Ramalan betul atau tidak, kita tetap begini juga
(halaman 59).
Pelukisan latar dan ruang Orang-orang Kecil menghasilkan semacam suasana yang agak mistik, dan memberikan kepercayaaan untuk menafsir watak-wataknya, di samping menyingkap makna tersirat pengarangnya. Hal ini dapat diperhatikan pada Babak I yang dideskripsikan sebagai berikut:
Pangkal malam menjelang. Kelam di ruang tamu rumah besar itu sirna tatkala beberapa lampu terpasang. Ada sederet sofa di ruang tamu. Sebuah lukisan yang tinggi mutunya tergantung agak senget di dinding yang menghala ke kamar tidur. Melatarbelakangi ruang tamu ialah ruang makan, yang sekarang ini kelihatan samar-samar.
Wanita I muncul dari arah dapur, agak tergesa-gesa. Sambil berjalan ke muka, kedua-dua matanya meneliti tatarias ruang ini dengan pantas dan agak meluap dengan rasa gembira.
(halaman 1).
Dalam penulisan teks ini, Anwar Ridhwan begitu teliti dan menekankan aspek arahan pentas. Teknik pencahayaan akan memberikan kesan khas dan tindak balas yang setimpal dengan kemunculan watak-watak di dalam drama ini. Hal ini bertepatan dengan penggunaan tiga belas (13) sistem tanda seperti yang diperkenalkan oleh Tudeusz Kowzan, iaitu: perkataan (dialog), ton, ekspresi wajah, pergerakan tubuh, pergerakan pelakon di ruang pentas, solekan, dandanan rambut, kostum, set dan props, latar pentas, tatacahaya, muzik, kesan bunyi atau kesan khas (lihat Literature et Spectacle, 1975).
Unsur misteri dan ketaksaan penting dengan subjek sebuah lukisan, sehingga ia menjadi impak yang penuh misteri kepada perkembangan alor drama ini seterusnya:
DOKTOR : Lukisan di dinding itu. Sejak bila ia tergantung?
WANITA I: Sejak penyewa yang pertama, Tuan Doktor. Ketika itu rumah ini hanya
mempunyai dua belas kamar. Kebetulan, lukisan itu terletak di kamar yang
kesebelas. Apabila kamar yang kesebelas itu perlu diubahsuai, lukisan itu
dipindahkan, diperaga di dinding itu sehingga sekarang.
DOKTOR : Di mata ketiga-tiga tetamu kamu yang terdahulu, lukisan itu mungkin
cantik. Tetapi tidak di mata saya. Selepas sarapan ini, barangkali lukisan
itu tidak tergantung lagi di sana.
(halaman 25)
Mimpi boleh diklasfikasikan sebagai salah satu unsur misteri, kerana ia penuh dengan kekaburan – ketaksaan. Dan hal ini dimanfaatkan Anwar dengan baiknya untuk dramanya. Doktor yang menjadi tetamu di rumah warisan itu juga selalu bermimpi aneh, dan ini memperkuatkan naluri dan cita-citanya hendak membeli rumah tersebut untuk mengetahui rahsia di sebaliknya. Elemen mimpi mempunyai motif, dan perlambangan yang khas dalam drama ini.
DOKTOR: Sejak saya tiba di rumah ini, hampir setiap malam saya dihantui mimpi-
mimpi aneh. Orang akan berbelah bahagi untuk membeli rumah yang meng-
gelisahkan tidurnya. Bagaimana dengan saya? Itulah persoalan yang sering
saya tanyakan kepada diri saya sendiri. Akhirnya saya dapat jawaban. Saya
akan membeli rumah ini.
(halaman 44).
Ikon khas Orang-orang Kecil ialah rakyat biasa yang hidup di dalam sebuah negara berdaulat – hidup bermasyarakat, mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama menjaganya. Satu lagi ciri khas mitos dan interteks yang dimanfaatkan Anwar untuk Orang-orang Kecil, ialah kelahiran bayi oleh Si Jelita.
Hal ini ada perkaitannya dengan dongeng Italo Calvino dan cerita rakyat Sarawak, si ibu yang melahirkan anak hanya sebelah bahagian sahaja. Gambaran episod ini bermaksud apabila sebuah parti politik berpecah kepada dua bahagian, justeru sebelah bahagiannya akan kelihatan cacat jika tidak disatukan. Inilah ikon bagi kewujudan bayi Si Jelita yang hanya berbadan sebelah.
WANITA I: Mengapa sampai jauh, sampai kepada Italo Calvino, tuan. Di Sarawak ada
cerita rakyat yang sama. Anak itu bukanlah pengeran, tetapi keturunan
orang biasa, rakyat kecil.
DOKTOR : Apa katamu? Rakyat kecil? (lalu termenung)
Wanita I : Ya, tuan. Dan akhirnya, melalui perlawanan yang seru, tubuh-tubuh
mereka bercantum kembali.
(halaman 109)
Daripada idea dan konsep Italo Calvino ini, pengarang telah mencantumkan bukan sahaja dari aspek harfiahnya – yang lama dan yang baru seperti dalam sebuah parti politik, yang mana UMNO pada tahun 1987 telah berpecah menjadi sebuah parti baru, Semangat 46. Kerana itulah selepas Si Jelita melahirkan bayi aneh, Doktor dan Si Jelita mengambil kata sepakat untuk menyerahkan bayi itu kepada rakyat kecil untuk memeliharanya.
(halaman 113-114).
MITOS DI DALAM ‘YANG MENJELMA DAN MENGHILANG’
Teks Yang Menjelma dan Menghilang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1992, hasil kemenangan hadiah utama Penulisan Drama Pentas Yayasan Seni – Berita Harian 1990. Drama ini digerakkan oleh suatu skema berlapis-lapis bertujuan mendedahkan keadaan manusia yang menyeberangi masa dalam perjalanan menuju ke dunia metafizik. Dalam teks ini, Anwar Ridhwan mengeksploitasi pemikirannya mengenai pelbagai ragam kehidupan manusia. Kita boleh melihat mereka daripada pelbagai sudut dan dimensi. Ia ditulis dengan cara yang halus dan tajam, sindiran atau ejekan dan sendaan yang menimbulkan ketawa dan kesedaran manusia tentang kebodohan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketamakan dan kehalobaan, kesombongan dan kesalahfahaman fikiran dalam sesuatu masyarakat, bangsa dan negara (S. Othman Kelantan, 1997: 10).
Mitos tidak dapat lari dari kehidupan pengarang. Kadang-kadang ia dirujuk sebagai imej atau citra yang begitu puitis. Malah mitos boleh dijadikan sebagai satu usaha untuk mencipta imej dan seringkali wujud sebagai salah satu kategori perspesi dan imaginasi pengarangnya. Pengertian ‘kembali kepada mitos’ ini dianggap sebagai langkah bijak gerakan modenis Barat pada awal abad ke-20 (John J. White, 1971: 4-5). Kita juga barangkali tidak mungkin dapat menolak hakikat penggunaan mitos (yang bertujuan untuk memperteguh ataupun melawannya), maka pengarang dengan idealisme dan ideloginya tidak harus kita pisahkan dengan gagasan nasionalisme atau patriotismenya sendiri. Ini kerana, karya yang bersumberkan sejarah, tentu ada kaitannya dengan pertumbuhan nasionalisme dan patriotisme sesuatu bangsa.
Dalam teks Yang Menjelma dan Menghilang, Anwar Ridhwan memulakannya dengan mitos. Mitos lama atau mitos yang terkenal dalam semua masyarakat manusia kuno, mengenai sumpahan Betara Guru terhadap dewa-dewa yang khianat atau melanggar perintahnya di Kayangan (di sana). Lalu mereka itu pun dihukum dan dilontar ke dunia (di sini). Di dunia sini hiduplah mereka dengan pelbagai agenda dan tindak tanduknya untuk mendapat berkat dan kesenangan, di samping mendapat keampunan daripada Betara Guru atas dosa-dosa mereka masa lalu (di sana).
Hal ini ada persamaannya dengan pendapat C. Hooykas, bahawa mitos sebagai cerita dewa-dewa, berunsur keagamaan yang menjadi kepercayaan asal-usul sesuatu bangsa atau keturunan. Cerita yang mengemukakan mitos biasanya mengandungi unsur ajaib dan tidak berdasarkan logik. Namun cara untuk menyampaikan ideologi boleh dilaksanakan menurut pelbagai cara, antara lain dengan menggunakan simbol, perlambangan dan mitos sendiri. Simbol terdiri daripada tanda-tanda yang menimbulkan kesan baik. Dalam sesuatu ideologi, penggunaan bahan yang sesuai dan rapi adalah penting, dalam usaha menanamkan ideologi dan keburukan atau kepalsuan ideologi lawan. Pada masa sama, dalam menyakinkan kebenaran ideologi itu ditanamkan juga mitos. Signifikasi mitos dalam konteks ini, menurut Ahmad Fauzi Basri (1991: 9) ialah untuk memberikan kepercayaan terhadap peristiwa yang berlaku pada masa silam, dan perjuangan untuk masa hadapan (bdk Mana Sikana, 1995: 11).
Teks drama Yang Menjelma dan Menghilang dianggap sebagai drama realisme dengan gaya baru, yang disampaikan secara semiotik pergolakan politik – menggabungkan unsur real dan sureal. Gabungan ini dinyatakan oleh pengarangnya sendiri, yang ertinya dalam kesedarannya bahawa si pengarang sengaja menghadirkan dua alam – semacam satu perbezaan dengan surealisme tradisi. Lantas Mana Sikana meletakkan teks ini sebagai suatu tesera terhadap surealisme yang sedia ada, dan membawa unsur-unsur teks pasca modenisme (Mana Sikana, 1995: 21).
Bermula dengan Betara Guru bersama Sira Panji Narada di Kayangan, menyaksikan sebuah pesawat udara yang bergerak dan meledak, kita ditemukan dengan Lelaki 1, yang terhumban ke sebuah pulau. Daripada situ, terungkaplah dunia ilusi, unreal dan fantasi pengarang. Menjelma satu demi satu watak, yang berhipogramkan kepada mitos dan sejarah, tetapi berjejak kepada pergolakan politik dan impian mereka (Ibid). Pengarang memanfaatkan satu teknik yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain di Malaysia, iaitu dengan menkonstruksi tiga lapisan zaman: kerangka dewa-dewa, tokoh metafizik dan manusia fizikal, dan membicarakan suatu pemikiran yang cukup tua, sama usianya dengan usia sejarah manusia itu sendiri – iaitu konsep kuasa dengan teknik dan gaya yang canggih. Seterusnya pengarang menjelmakan watak seperti Sang Rajuna, Sira Panji Narada, Betara Guru, Lelaki dan Perempuan dengan segala peristiwa, adalah watak fantasi belaka. Yang menghilang bukan sahaja tokoh itu, tetapi makna yang tersirat daripada peristiwa berkenaan: Betara Guru kehilangan kuasa di tangan Sempurna Dua dan Sempurna Rupa (mereka juga ingin membunuh Sang Rajuna) juga telah kehilangan kuasa.
Sementara watak Lelaki 1 dan Wanita, cuba memberi falsafah, sebagai gagasan pemikiran drama ini. Misalnya, kemewahan dianggap cukup nikmat, tetapi seperti kilat, cepat datang dan cepat pergi. Suami dan Isteri yang menyelamatkan Lelaki 1, juga begitu singkat, kemudian menghilang. Begitu juga watak Kebenaran yang muncul hanyalah ilusi, tetapi mereka dilahirkan sebagai penyelamat dan berfungsi sebagai katarsis dalam drama ini (Mana Sikana, 1995: 22). Selain itu terdapat satu lagi keistimewaan drama ini ialah adanya bahagian awal dan wujudnya suatu proses structration, bagaimana berlakunya sesuatu proses, sesuatu yang positif dijadikan negatif pada bahagian berikutnya. Ia boleh sahaja memperlihatkan wajah yang berubah-ubah. Proses ini sebenarnya sesuai dengan hakikat suatu cerita – suatu proses apabila seseorang berhadapan dengan dunia di luarnya. Sebagai contoh, Umar Junus menggunakan teks Sejarah Melayu, di mana bahagian akhir akan menolak cerita bahagian awal. (Umar Junus, 1988: 203 dan 220).
Anwar Ridhwan menamakan ‘empat halus’ (barangkali unsur?) di dalam tubuh Sang Rajuna (tokoh yang sakit) dan meminta Ratu Jenggala mengeluarkannya. ‘Empat halus’ itu pula diberi nama khas: Dandan Jaya, Surya Laga, Kawistana dan Gandawijaya. Empat unsur ini tentulah memerlukan penafsiran khalayak untuk mengesan maknanya. Apabila ‘empat halus’ itu dapat dikeluarkan, Kawistana menyampaikan niat mereka untuk membalas dendam kepada Betara Guru, tetapi dengan mengubah rupa supaya tidak dikenali Betara Guru. Daripada dialog Ratu Jenggala, kita diberikan petanda lagi, iaitu:
“Kita berada di antara dua dunia – antara dunia kayangan dan bumi manusia. Tidak mungkin lagi kita bernafas dengan udara kayangan sepenuhnya. Bumi manusia ada udaranya tersendiri, yang perlu kita hirup… begitulah ramalanku…”
Pengarang seterusnya memisahkan ‘empat halus’ tadi ke dalam dua bahagian atau puak. Ratu Jenggala seterusnya memerintahkan Kawistana dan Gandajiwa pergi bertapa:
“Setelah kamu berdua bersalin rupa tukar juga nama kamu kepada Sempurna Duga dan Sempurna Laga, berkelanalah ke bumi manusia. Siapa tahu, takdir dan belitan kuasa di kayangan tinggi.”
Pada permulaan drama ini, pengarang kembali kepada teks klasik dengan sejumlah sembilan puluh peratus wataknya yang digabungkan dengan watak zaman kini (dunia real – di sini) seperti Lelaki dan Wanita (tetapi diserapi semangat Dandan Jaya dan Surya Laga), Komandan, sejumlah anggota komando, wartawan wanita (muda dan lincah) dan sejumlah krew TV. Di dalam senarai yang klasik itu pula kita temui dua watak yang agak aneh – Kebenaran 1 / Badut dan Kebenaran II / Lurah Semar.
Yang jelas, sama ada mitos baru yang diberikan prasangka atau tidak oleh pengarangnya, kelihatan Anwar semacam mempersoalkan suasana politik yang agak tidak menentu. Hal ini dapat dilihat dalam dua dimensi dan ruang – dunia atas angin (Kayangan – di sana) dan dunia real (di sini). Orang di atas angin semacam menyindir perlakuan (peradaban) atau kerja-kerja honar yang kita (orang dunia real – di sini) miliki/ lakukan. Hal ini dapat dilihat pada dialog Betara Guru dengan Sira Panji Narada:
“… Mujur kami di kayangan. Kalau kamu di dunia, kamu menjadi ekor peradaban di sana. Tetapi… kamu sedikit terlambat, adakah kerana kamu juga melihat apa yang baru saja kulihat?”
Dalam konteks masa kini, pesan dan sindiran yang penuh dengan alegori serta ketaksaan ini mengajar kita supaya berfikir dengan lebih luas dan waras. Apakah kita selama ini dihantui dengan banyak prasangka, mungkin beranggapan bahawa kecemerlangan yang telah kita capai, ada yang menyatakannya par-excellance (sebagai retorik), tetapi yang jelasnya kita di dunia real ini lebih banyak mengejar utopia! Sedangkan pengertian utopia itu pula hanya dapat ditemui di Kayangan (sebuah dunia mungkin).
Satu lagi mitos baru yang dikemukakan pengarang: apakah dosa kesalahan orang di sana harus dihukum dan dihantar ke dunia ini, dan bukannya di Kayangan sendiri? Adakah wajar dunia real (di sini) sebagai tempat menjatuhkan hukuman orang di sana, dengan mengorbankan banyak manusia lain?
Namun begitu, prasangka kita masih ada rasionalnya, kerana Anwar memitoskan orang Kayangan itu sebagai sebuah kehidupan dunia serba mungkin dan benar. Kehidupan di sana hanyalah untuk orang-orang yang bersih dan tidak berdosa. Maka itu mitos lama itu melanjutkan lagi dengan kepercayaan universal – manusia sejagat, bahawa manusia berasal dari syurga dan apabila mereka melakukan dosa barulah mereka dihukum (dengan cara dihantar) ke dunia. Ertinya, dunia ini hanyalah tempat orang-orang yang berdosa, maka itu tidak hairanlah jika mereka (di Kayangan) itu mengecam orang-orang di dunia nyata yang honar, melakukan pelbagai kerosakan dan pencemaran. Kalau begitulah hakikatnya, alangkah naifnya dunia kita ini!
Begitulah hakikatnya nasib Sang Rajuna yang telah dihukum Betara Guru, dihantar ke negeri Pendawa – menandakan tidak ada apa-apa lagi yang harus kita bangga dengan kelebihan, penemuan baru, tamadun tinggi duniawi ini, baik manusiawinya mahupun kecanggihan teknologinya!
Perbezaan latar antara Syurgaloka dan Bumi sangat menarik, bahkan ia penting bagi menggambarkan perbezaan sikap manusia di kedua-dua tempat itu sebagai saranan kritikan dan sindiran pengarangnya. Unsur mimpi turut berperanan bagi mengindahkan lagi teknik penceritaan dan sesuai dengan gaya bahasa drama ini – bukan unsur khayalan. Tetapi mimpi juga ada kebenarannya untuk menggambarkan perkara-perkara yang sama berlaku di alam realiti. Keberkesanan drama alegori ini hanya boleh difahami oleh khalayak yang mempunyai pemikiran kritis terhadap sesuatu perkara atau isu tertentu yang terjadi dalam masyarakat dan negara. Dalam kerangka premis semacam itulah saya kira, drama ini terhasil, yakni akibat pergolakan politik tanah air.
Dengan imaginasi yang tinggi, Anwar juga berjaya menonjolkan mitos baru dalam novelet Di Negeri Belalang yang hanya memakan 85 halaman itu paling jelas, adanya kecenderungan baru pengarang untuk menentang mitos kekuasaan dan pengaruh besar Amerika dan Jepun yang mendominasi kehidupan dunia masa kini. Novelet ini juga semacam ingin menyampaikan protes orang Melayu terhadap perlakuan orang Jepun masa lalu (yang pernah menjajah kita dan memperkosa perempuan Melayu) di samping mengkritik kuasa dunia masa kini (termasuk ekonomi / teknologi Jepun) iaitu Amerika Syarikat.
Ini adalah antara beberapa kejayaan Anwar Ridhwan menonjolkan mitos baru, dalam rangka sebuah alegori yang ironis, dan memerlukan pemikiran khalayak untuk menanggapinya dengan serius dan saksama. Pengarang juga mampu menggunakan unsur mitos dan teknik penerapan kepelbagaian teks (intertekstualiti) dalam memperkukuhkan lagi hakikat dunia mungkin ke dalam karyanya. Dengan nama-nama watak yang digunakan pengarang dalam teks ini, ia akan mengingatkan kita akan teks Hikayat Sempurna Jaya. Barangkali ada kesan dan pengaruhnya di dalam drama ini.
Hal begini adalah sejajar dengan kehadiran dunia mungkin (possible world) dalam bidang semiotik, sebagai sebuah dunia yang mandiri. Kerana itu, fungsi mitos tetap perlu dalam penciptaan karya moden, kini dan akan datang. Keberadaan konsep dan gagasan dunia mungkin dalam sastera adalah satu cara yang boleh mengundang keyakinan pembaca tentang perlunya dunia tersebut – dikatakan proposed world (menurut istilah Paul Ricoeur) yang satu sama lainnya harus cuba dibangunkan. Dunia imaginasi sastera tidak sekadar membawa maksud watak-watak yang dicipta secara khayali, tetapi ada suatu dunia baru yang cukup utuh serta dominan yang sanggup dibangun dalam imaginasi sebelum dunia itu dibangun dalam kenyataan (Ignas Kleden, 2004: 81).
Roland Barthes dengan bukunya Mythologies, secara teknik menjelaskan bahawa mitos adalah urutan pertama pada sistem semiotik (kombinasi antarapetanda dan penanda) menjadi penanda dalam sistem kedua yang mengandung makna konotatif (1972: 114). Barthes juga menggambarkanpenanda dalam mitos sebagai bentuk dan petanda sebagai konsep.Kombinasi atau gabungan kedua-dua istilah tersebut dapat dilihat seperti berikut:
BAHASA MITOS
Penanda (signifier) Bentuk (form)
Petanda (signified) Konsep (concept)
Tanda (sign) Penandaan (signification)
Pada kenyataannya, penanda dan petanda membentuk sebuah tanda dari kebahasaan, dan tanda inilah yang menjadi sebuah penanda untuk petandayang berbeza dan tanda dalam bahasa asli. Dari segi mitos pula, penanda(yang merupakan tanda dalam bahasa asli) itu disebut bentuk, sedangkanpetanda adalah konsep dan tanda yang dihasilkan, berasal dari proses perasaan (Arthur Asa Berger, 2005: 56-57). Jadi, ciri-ciri ketaksaan yang digunakan dalam teknik kepengarangannya itu menghasilkan satu proses pemikiran yang penuh dengan tanda-tanda dan ideologi tersembunyi. Secara maksimum, Anwar Ridhwan berjaya menggunakan unsur-unsur ambiguiti sebagai proses pemaknaan idealismenya.
PASCAKOLONIALISME DAN SISTEM TANDA DALAM ‘ P.U.L.A.N.G.’
Kuasa dan hegemoni adalah dua hal yang saling berkait dalam rangka Kajian Sastera Pascakolonial mahupun Kajian Budaya (Cultural Studies). Kedua-duanyanya juga menjadi semacam kembar yang saling bergantungan, kerana dalam usaha mengembang kuasa dan wibawa, ia sangat dimujarabkan oleh mereka yang berkepentingan. Kekuasaan sering diertikan sebagai kata yang begitu abstrak. Memang dengan kekuasaan seseorang yang memilikinya akan merasai nikmatnya kekuasaan, kerana ia mampu memberikan pelbagai kemungkinan kepada pemiliknya.
Dalam bidang semiotik, makna denotasi dan konotasi memegang peranan sangat penting. Makna denotasi bersifat langsung – makna khas yang teradapat dalam sebuah tanda, disebut juga sebagai gambaran sebuah petanda. Manakala makna konotasi dari beberapa tanda akan menjadi semacam mitos atau mitos petunjuk – juga menjadi sangat berpengaruh. Rosalind Coward dan John Ellis dalam Language and Materialism: Development in Semiology and the Theory of the Subject, menjelaskan bahawa mekanisme suatu mitos adalah cara gambaran biasa terikat pada objek dan penerapannya sehingga makna ideologi menjadi jelas alami dapat diterima dengan akal sihat… ada dua sistem pemaknaan: makna denotatif dan konotatif, ‘bahasa objek’ (misalnya filem, permainan anak-anak, makanan, kenderaan seperti benda yang dilambangkan) adalah mitos yang terkait.
Drama ‘P.U.L.A.N.G.’ menyorot kisah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris pada era 1950-an, di mana semangat dan perjuangan nasionalisme Melayu mulai memuncak. Semangat ini telah tersebar di satu kawasan perlombongan bijih besi. Hasil bumi yang dirompak oleh pihak penjajah itu menjadi subjek karya kreatif ini. Rustam adalah watak nasionalis muda yang berani menentang sikap tamak penjajah itu. Akibat tindakan beraninya itu, Rustam dibawa ke muka pengadilan dan didakwa atas tiga tuduhan: menghasut pekerja lombong untuk melawan Tuan Campbell; menulis artikel memburuk-burukkan syarikat, dan ingin membakar pejabat lombong. Akibatnya dia dipenjarakan selama 36 bulan.
Di dalam teks ini, Anwar Ridhwan masih memanfaatkan unsur mitos. Ada seorang Puteri China yang datang ke perkampungan itu untuk mengambil air perigi. Sikap Puteri China yang membazir telah mengundang kemarahan pahlawan Melayu apabila dia menghapuskan semua pengawal dan menjadikan Puteri tersebut tawanan. Akibatnya puteri itu telah membunuh diri, kerana tidak tahan dengan tekanan. Hal ini digambarkan menerusi daya ingatan watak Kia. Dan dengan kisah turun-temurun itu, maka bergeraklah P.U.L.A.N.G. kepada isu permasalahan hasil bumi. Dialog watak Ludin yang berbunyi:
‘Jika hendak mengambil sesuatu dari alam tabii ini, ambillah berpada-pada. Hasil alam tabii ini harus ditinggalkan untuk keturunan akan datang.’
(halaman
menjadi mesej penting teks ini, bahawa pada zaman kini, masih ada sikap manusia yang tamak akan kekayaan sehingga melupakan hak generasi mereka yang akan datang.
Selain persoalan hasil bumi, ‘P.U.L.A.N.G.’ juga turut menyelitkan persoalan sikap memandang serong atau rendah terhadap wanita bangsa sendiri. Hal ini terjadi kerana mereka yang berkepentingan itu, ingin mendapat kuasa dan wibawa. Jacob adalah watak antagonis atau penyokong antagonis yang tidak senang dengan perjuangan Rustam dan Azizah di perlombongan tersebut. Dialog Jacob (Yaakub) dengan Tuan Campbell yang tidak senang dengan sikap Azizah, memperlihatkan bagaimana konsep ‘kekuasaan itu homogen’, bahawa semua kekuasaan itu sama jenisnya dan sama pula sumbernya. Kekuasaan di tangan satu individu atau satu kelompok adalah identik dengan kekuasaan yang ada di tangan individu atau kelompok lain.(Benedict R.O.G. Anderson, 1991: 51). Kekuasaan yang ada pada Tuan Campbell itu, sekurang-kurangnya, diharapkan dapat dilempiaskan kepada Jacob. Hakikat ini terdapat pada dialog berikut:
JACOB: Itulah akibatnya, apabila gadis menerima pendidikan tinggi, Tuan. Dia sudah
pandai menolak permintaan tuan sendiri.
(halaman 11).
Wanita berpendidikan tinggi dianggap sebagai seorang yang sombong di kalangan lelaki (pekerja). Ini kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi akan menjadi ketua. Ini menyebabkan kaum lelaki yang berada di bawahnya berasa satu tekanan, kerana egonya. Mereka juga tidak mahu diarah atau mengikut telunjuk wanita.
Sikap tidak tahu berterima kasih juga didedahkan pengarang dalam teks kreatifnya ini, terutamanya pada watak Jabar, Kia dan Long, selain tidak bersedia menghadapi hari depan yang gelap, khasnya apabila lombong tempat mereka cari makan itu akan ditutup.
CAMPBELL: Ya, mulai ini malam, lombong besi ini ditutup.
LUDIN: Kami hendak kerja apa?
JABAR: Kami perlu terus hidup tuan. Anak-anak kami perlu sekolah.
CAMPBELL: Itu sebab kompeni bayar gaji lebih ini bulan. Jimat cermat sama itu
wang, sebelum dapat kerja baru.
(halaman 16).
Drama ‘P.U.L.A.N.G.’ sebenarnya lebih bermakna dijengah menerusi konteks pascakolonial. Anwar turut mengkritik sikap orang Melayu yang masih mengagung-agungkan bahasa Inggeris melalui tokoh Rustam. Hal ini begitu jelas apabila Rustam ketika dibicarakan di mahkamah, tidak berpuas hati dengan penggunaan bahasa asing dan mengabaikan penggunaan bahasa ibundanya. Rustam adalah katalis dan nasionalis Melayu tulen yang berani berjuang seorang diri, demi menjaga martabat bahasa dan maruah bangsa Melayu.
RUSTAM: (Membalas pantas). I can speak ‘Queen English’ if I want to, your Honour.
Tetapi ini tanah air saya. Mana perginya maruah dan martabat bahasa saya
di tanah air sendiri?
Selama beberapa hari dibicarakan di mahkamah ini, saya seperti diadili di
sebuah negara asing.
Sewaktu saya digari dan dibawa dari penempatan lombong ke sini,
Sepanjang jalan saya dikawal rapi oleh pegawai polis kulit puteh. Di tepi-
tepi jalan, semua sepanduk dan iklan ditulis dalam bahasa Inggeris.
Tuan boleh menghina saya, tapi jangan bahasa saya!
Di mana saya sekarang? Di England atau di Tanah Melayu?
(halaman 17 dan 18)
Selain persoalan bahasa, ‘P.U.L.A.N.G.’ juga menyentuh sikap segelintir masyarakat yang ghairah mengikut budaya Barat dan tidak menyanjung budaya sendiri. Hal ini dapat dikesan ketika semua pekerja lombong sedang mengadakan parti setelah mendapat gaji, seperti dalam adegan berikut:
(Mereka berpakaian gaya Inggeris – baik lelaki mahupun perempuan. Makan minum diselangi dengan tarian. Mula-mula dari piring hitam mengalun lagu joget tahun 1950-an. Belum pun lagu itu selesai, Jacob menghentikan putaran piring hitam).
LONG: Tengah sedap-sedap ni, Mr Jacob. Kenapa diberhentikan?
JACOB: Adakah sesuai putar lagu Melayu dalam parti sebuah kompeni Inggeris? Tak
standard betul. Bikin malu kompeni saja.
(JACOB mengambil piring hitam lain, lalu memutarkannya di peti nyanyi. Mengalunlah lagu Inggeris yang popular pada awal tahun 1950-an. Mereka menari bersama-sama…)
(halaman 14 dan 15)
Proses pembaratan (westernisasi) juga disinggung oleh Anwar Ridhwan. Sikap masyarakat Melayu yang suka menukar nama asalnya kepada nama Barat boleh dilihat daripada watak Jacob @ Yaakub yang mahu menggunakan nama Inggeris. Malah keinginannya untuk mengahwini bangsa Barat juga menjadi sebahagian mimpi siang anak Melayu ini, yang ada kaitannya dengan soal kuasa dan wibawa. Manusia Jacob ini, barangkali berharap akan dapat kesempatan bagi memenuhi impian dan hasratnya untuk sama-sama diberikan kuasa oleh pihak Inggeris.
JACOB: Kalau boleh tuan, saya nak kahwin dengan gadis Inggeris. Saya sedang kumpul
duit, tuan. Bila saya tak kerja di lombong ini lagi, saya belayar ke England
tuan. Saya sudah berutus-utus surat dengan persatuan kelasi Melayu di
Clapton, London, tuan.
(halaman 11)
Suatu hal yang agak menarik dan unik, drama ‘P.U.L.A.N.G’. ini berlawanan antara maksud S.I.G.N. dengan SIGN atau Sign dalam konteks sistem tanda (semiotik). Ejaan ‘P.U.L.A.N.G.’ drama ini tidak boleh dibaca atau diertikan sebagai (‘Pulang’ ataupun PULANG). Anwar telah menentang konvensi judul karya sastera Melayu yang digunapakai selama ini. Dengan judul ‘P.U.L.A.N.G’, Anwar mengajak kita berfikir di luar kotak pandora dunia Melayu. Kenapa Anwar Ridhwan mempertentangkan kata-kata dan ejaan? Adanya pesan yang dikaburkan. ‘P.U.L.A.N.G.’ sebuah teks yang kaya dengan subteksnya? Atau pengarang menganut Antiesensialisme, ataupun karya ini penuh dengan Antikulasi?
Sebagai sebuah teks yang jenuh dengan ketaksaan, saya lebih tertarik melihat adanya hakikat antiesensialisme dan artikulasi pada ‘P.U.L.A.N.G.’ Kedua-dua konsep atau ideologi ini saling melengkapi apabila kita dapat melihat kekuatannya. Antiesensialisme adalah pendapat yang mengatakan, kata-kata tidak boleh dianggap mengacu pada kualiti atau nilai-nilai esensial atau universal. Kategori sebagai konstruksi diskursif, mengubah maknanya sesuai dengan waktu, tempat dan penggunaannya. Sebagai contoh, oleh kerana kata tidak menunjuk pada esensi, maka identiti bukanlah ‘sesuatu’ yang universal, melainkan deskripsi-deskripsi dalam bahasa (Chris Barker, 2005: 509).
Maksud ‘artikulasi’ pula adalah kesatuan sementara beberapa elemen diskursif atau wacana yang tidak harus atau selalu ‘terikat bersama’. Sebuah artikulasi adalah bentuk hubungan yang dapat menyatukan dua elemen yang berbeza dalam keadaan tertentu. Artikulasi mengandungi erti ekspresi dan atau representasi dan penyatuan. Misalnya, persoalan gender dapat dikaitkan dengan persoalan ras secara konteks-spesifik dan kontigen (Chris Barker, 2005: 509). Dari sudut semiotik pula kelihatan Anwar mempertentangkan hakikat bahasa dengan mitos, sehingga kelihatan kedudukan dan fungsi antiesensialisme dan artikulasi tadi membawa satu suatu situasi yang histories, iaitu kolonialisme dan bumiputra. Menurut konsep Roland Barthes dalam bukunya Mythologies, mitos merupakan urutan kedua dari sistem semiologis
Apa-apa yang ada dalam drama ‘P.U.L.A.N.G’ adalah persoalan yang menyangkut masalah kepimpinan dan sikap propenjajah (Inggeris) yang menjadi hipotesis penting karya ini. Rustam dan Azizah digandingkan sebagai generasi baru (Melayu / Malaysia) yang boleh merubah suasana penduduk setempat yang kehilangan pemimpin beberapa lama. Kepulangan Rustam ke kawasan perlombongan itu setelah menjalani hukuman 36 bulan penjara, (kerana penentangannya terhadap kolonial) ibarat satu rahmat kepada kaum pekerja di lombong itu.
Daripada aspek feminis, Azizah adalah wanita terpelajar yang mempunyai kualiti khas – yang mungkin berbeza dengan pendidikan lelaki di situ (kecuali Rustam). Mungkin Anwar cuba mengembangkan konsep pemimpin revolusioner yang diperkenalkan oleh Paulo Freire. Kepimpinan feminis merupakan bentuk aktif dari kepimpinan. Salah satu proses di mana pemimpin adalah pelayan atau pembawa pengalaman baru. Tujuan utamanya tidak lain dari mempertahankan semangat gerakan wanita dan menciptakan ikatan di antara wanita. Kita jangan terlupa bahawa telah wujud teori yang menyatakan perempuan mempunyai pengalaman khas sebagai ‘pemimpin’ dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya, sebagai ibu atau pengasuh. Fungsi atau peranan ini merupakan model kepimpinan yang baik, dan justeru dengan mengambil tanggungjawab untuk memimpin dan menyedarkan anggota masyarakatnya (bersama-sama Rustam) apakah hal ini bukan satu langkah awal menuju pembentukan konsep etika feminis seperti yang disarankan oleh C. Bunch (1976: 2-13) dan Maggie Humm? (2002: 241-242). Inilah salah satu kekuatan karya Anwar yang dibungkus sekian banyak ambiguiti. Sementara makna segala ketaksaan itu hanya dapat dicari dengan memakai kunci sistem tanda yang mendominasi teks ‘P.U.L.A.N.G.’ ini.
KESIMPULAN
Ambiguiti atau sifat-sifat ketaksaan yang dipermafaatkan Anwar Ridhwan di dalam tiga dramanya: ‘Orang-orang Kecil’, ‘Yang Menjelma dan Menghilang’, dan ‘P.U.L.A.N.G.’ boleh dilihat sebagai suatu konsep pemikiran pengarangnya yang tercerna dengan baik. Justeru sistem tanda yang digunakan Anwar di dalam karya kreatifnya itu boleh dilihat sebagai sesuatu yang diperojeksi bagi memperkukuhkan ideologinya. Sama ada menggunakan unsur-unsur moden mahupun lama sebagai bahan naratifnya, Anwar menguasainya dengan berimbang. Unsur mitos misalnya, boleh digunapakai dalam ruang waktu yang pelbagai, tanpa mengira latar dramanya moden ataupun baharu. Malahan perbauran antara unsur lama dan moden itu pula memungkinkan karyanya menjadi lebih kuat aspek pemikiran dan kesan estetiknya.
Beberapa buah karya Anwar Ridhwan (cerpen, novel dan drama) sebelum ini mendekati maksud realisme-magis yang mula diperkatakan oleh Fraz Roh, seorang pengkritik Jerman (1890-1965) pada tahun 1925. Mengikut Roh, sesuatu karya bersifat realisme-magis kerana memperlihatkan unsur misteri yang tersembunyi di sebalik realiti lazim. Kemudiannya teori dan gaya penulisan fiksyen yang dikerjakan oleh Gabriel Garcia Marquez (dari Colombia) ini diperluaskan lagi konsepnya oleh Angel Flores (1955). Flores mendefinisikan realisme-magis sebagai jalinan atau kombinasi fakta dan fiksi. Apa pun persoalannya, Anwar Ridhwan berjaya menggarap karya dramanya dengan memanfaatkan gabungan fiksi dan fakta untuk membentuk realiti teks naratifnya. Dengan kata lain, bahan fiksi itu adalah sebahagiannya merupakan mitos yang digunakan pengarang sebagai alat kreatif untuk menyampaikan pesannya. Maka fungsi-fungsi bahasa itu akan bergerak sebagai penanda, petanda dan tanda. Apabila bentuk dan konsep digunakan, maka ia akan berubah menjadi ‘penandaan’ atau signification, dan di sinilah mitos dan ideologi pengarang bercambah.
Ciri-ciri ketaksaan dalam drama Anwar Ridhwan berada pada satu paradigma. Pengertian alegori dan ambiguiti di dalam teks drama pengarang ini mendekati satu kemiripan. Kedua-dua unsur itu tumpang-tindih dan saling dipermanfaatkan dengan baik oleh Anwar. Dengan kata lain, isi dan perwatakannya didominasi oleh alegori, baik tema mahupun nama-nama wataknya yang dikaburkan pengarang. Oleh itu, kekuatan intrinsik drama Anwar bukan sahaja disebabkan oleh pilihan kata dan dialog yang segar, tetapi juga ciri-ciri subteks yang mendominasi karya-karyanya.
Kajian Teks Hikayat Upu Daieng Menambun
Oleh: Mohd Efandi Bin Md Yusop
Universiti Putra Malaysia
PENDAHULUAN
Teks Hikayat Upu Daeng Menambun (HUDM) ini pertama kalinya telah disalin oleh Zabidah Ahmad dari mikrofilem dalam bentuk tulisan jawi. Keadaan tulisannya masih dapat dibaca dengan jelas kecuali tedapat sedikit perubahan ejaan pada perkataan-perkataan yang sama. Bentuk naskhahnya yang dapat perhatikan dari mikrofilem menunjukkan naskhah itu sudah lama disimpan sebelum dimikrofilemkan. Ada tompok-tompokkan hitam di satu dua tempat dan terdapat sedikit carik-carik dan koyakan tetapi masih dapat digunakan. Teks Hikayat Upu Daeng Menambun ini pada asalnya tidak langsung mempunyai tanda-tanda baca dan pembahagian-pembahagian bab. Teks ini telah dibahagikan kepada tajuk-tajuk tertentu berdasarkan peristiwa-peristiwa utama. Untuk memudahkan pemahaman jurai keturunan Upu-upu.
Cerita Hikayat Upu Daeng Menambun ini berkisar kepada pengembaraan anak raja Bugis berlima saudara bermula dari tanah Mengkasar hinggalah kepada negeri-negeri di Tnah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor dan kedah. Kelima-lima anak raja Bugis ini melibatkan diri dalam peperangan untuk mendapatkan kekuasaan. Dengan terbitnya Hikayat Upu Daeng Menambun ini harap dapat menambahkan lagi pemahaman kita terhadap sejarah perkembangan dan kemasukan orang-orang Bugis dan Minangkabau dari kepulauan timur: juga kepada pengkaji-pengkaji sejarah perkembangan bangsa dan budaya Melayu. Hikayat Upu Daeng Menambun ini adalah satu naskhah yang agak tua jika jika dibandingkan dengan karya-karya sastera sejarah lain seperti Tuhfat Al-Nafis dan SMBD. Tidak ada kenyataan tarikh nashkah ini ditulis dan juga nama pengarang yang bertanggungjawab menghasilkan karya ini. Plot Ceritanya lebih menepati sastera penglipurlara, tetapi sumber-sumbernya adalah bercorak sejarah.
Konsep Sastera Sejarah
Mengikut Drs Liaw Yock Fang di dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik bahawa sastera sejarah adalah suatu cabang sastera Melayu yang paling kaya dan mungkin penting juga. Hampir setiap kerajaan di nusantara mempunyai sejarahnya sendiri. Sejarah ini sering kali dinamakan hikayat, ertinya cerita. Kadang-kadang sejarah ini juga diberi judul “Sejarah” yang berasal dari bahasa arab Syajarah ertinya pohon atau daftar keturunan. Lain-lain judul yang di pakai ialah salasilah , salsilah, silsilah yang bererti daftar keturunan. Aturan dan cerita juga pernah sekali-kali digunakan.
Konsep sastera sejarah ini masih diperdebatkan oleh para sarjana. Setengah sarjana mengatakan sastera sejarah ini tidak berbeza dengan cerita-cerita dongeng (mitos). Menurut R.A Kern pula biar pun sastera sejarah mengandungi unsure-unsur sejarah, tetapi kerana ia ditimbuni berbagai cerita khayalan, sebaiknya dikesampingkan saja. J.C. Bottoms yang menganjurkan penyelidikan sastera sejarah sebagai sumber sejarah, masih berpendirian bahawa sastera sejarah Melayu tidak lebih dari hiburan orang-orang Melayu. “Ketetapan, kesempurnaan, penyusunan yang teratur bukanlah prinsip yang penting, apa yang disenangi ialah dongeng, fantasi dan campuran dari leteran di istana dan pelabuhan.” Snouck Hurgronje pula memberikan penilaian yang baik kepada sastera sejarah. Bahawa sastera sejarah adalah satu cabang kesusasteraan yang amat menarik. Kalau kita sudah tahu sifat-sifat yang kaya tentang watak bangsa Melayu serta undang-undang dan adat istiadatnya.
Mengikut Prof. Mohd. Taib Osman, bahawa penulisan sejarah tidak kita anggap sebagai hasil kesusasteraan yang tulen. Tetapi sejarah pada pandangan kita ini berbeza dengan apa yang dikatakan penulisan sejaraah Melayu lama kerana adanya campuran dongengan dan sejarah. Bagi Prof. Mohd. Taib Osman terdapat dua sifat yang jelas pada penulisan sejarah Melayu lama iaitu, asal-usul jurai keturunan raja-raja yang diceritakan selaalunya diselaputi oleh suasana keghaiban dan rasa kebanggaan terhadap Negara kota yang diriwayatkan jelas kelihatan iaitu sama adaa dilambangkan kepada seseorang atau kepada kejayaan negeri itu sendiri
Definisi Historiografi Melayu
Sastera sejarah di kenali juga dengan Historiografi Melayu atau ‘annals’. Terdapat pelbagai konsep yang diberikan oleh sarjana terhadap sastera sejarah . Liew Yock Fang (1993) beranggapan sastera sejarah, sastera yang banyak mengandungi hal-hal tentang kemasyarakatan dan boleh di gunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan. Taib Osman (1965) pula menganggap sastera sejarah sebagai satu lukisan tentang kebudayaan Melayu kerana di dalamnya banyak terdapat unsur-unsur budaya seperti adat istiadat dan peraturan masyarakat terdahulu.
Manakala J.M Gullick yang melihat sastera di sudut disiplin sosio-politik menyatakan sastera sejarah sebagai pemancar tradisi dan nilai masyarakat terutamanya mengenai kelas pemerintahan iaitu tentang sifat dan tugas golongan ini demikian juga dengan Hoesin Djajaningrat (1965) yang melihat daripada disiplin sosio-politik berpendapat unsur dongeng yang terungkap dalam sastera sejarah sebenarnya banyak mengandungi unsur tradisi tempatan yang boleh menjadi petunjuk kepada raja-raja tentang etika pemerintahan. Ali Ahmad (1986:264) menyatakan aspek yang menarik tentang sastera sejarah adalah penggunaan bahan. Bahan yang digunakan dapat sama, seperti menceritakan keturunan raja, asal-usul pembukaan negeri dan kedatangan islam. Bahan yang sama adalah kerana kesamaan budaya yang dari bahan tersebut diikat dan disadur oleh pengarang hingga menjadi sebuah karya satera dengan memperhitungkan kewajaran dan fungsinya di sudut tujuan dan tema karya sastera. geri itu sendiri.
Ciri-ciri Historiografi Melayu
Ciri adalah sifat, dan sifat Historiografi Melayu dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu; isi, teknik penulisan dan fungsi genre ini dihasilkan. Sesebuah karya Historiografi Melayu secara umumnya mengandungi unsur-unsur isi seperti, menceritakan asal-usul raja, mengemukakan jurai keturunan raja, menceritakan asal-usul pembukaan sesebuah negeri dan negara kot, menceritakan bagaimana agama Islam mula-mula tiba ke negeri itu, menceritakan kisah perkembangan negeri atau negara kota dan menceritakan keadaan negeri atau kerajaan itu pada peringkat akhirnya.
Dalam teknik penulisannya pula berdasarkan isi yang tersebut dalam perbincangan sebelum ini, pengarang Historiografi Melayu menyusun kisah-kisah yang berkaitan dengan pemerintahan sesebuah negara kota, kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku atau kisah-kisah yang telah berlaku dalam jangka masa yang terlalu lama itu secara kronologi mengilut yahap-tahap permulaan, perkembangan dan kesudahan negara kota tersebut.
Menurut Ali Ahmad (1987:67), sesebuah Negara kota yang menjadi focus dalam sesebuah karya Historiografi Melayu bolehlah dianggap sebagai watak protogonis, kerana penceritaan atau pengkisahan inmi tertumpu kepada Negara kota tersebut iaitu ada aktiviti peringkat permulaan, perkembangan dan kejatuhannya. Sungguhpun ada peribadi-peribadi yang menjadi teras kepada negara kota itu, namun mereka tidak dapat diberi nama protogonis kerana mereka tidak menanggung secara perseorangan dan berasingan akan keteguhan dan kejatuhan negara kota tersebut. Sehubungan itu pemikiran dan unsur Historiografi Melayu menggunakan kisah-kisah iaitu berupa cerita yang tidak banyak memperlihatkan unsur organisasi yang rumit. Cerita-cerita yang mungkin benar atau khayal ini kurang mementingkan teknik yang menarik, beragam dan kukuh. Apa yang dipentingkan oleh kisah-kisah ini adalah peristiwa semata-mata tanpa memberikan penekanan kepada pelukisan watak-watak.
Pemikiran dan Unsur Historiografi Melayu
Historiografi Melayu menggunakan kisah-kisah iaitu berupa cerita-cerita yang tidak banyak memperlihatkan unsure orgaanisasi yang rumit. Cerita-cerita yang mungkin benar atau khayal ini kurang mementingkan teknik yang menarik, beragam dan kukuh. Apa yang dipentingkan oleh kisah-kisah ini adalah peristiwa semata-mata tanpa memberikan penekanan kepada pelukisan watak-watak. Secara kasarnya bahan penulisan Historiografi Melayu terdiri daripada dua unsur iaitu unsur sastera dan unsur sejarah. Berdasarkan ciri yang terdapat dalam Historiografi Melayu, nyata kepada kita bahawa hasil Historiografi Melayu ialah karya yang mengandungi unsur sejarah tetapi ditulis dalam bentuk sastera. Unsur sastera pula ialah unsur kreatif, sehingga karya tersebut mempunyai nilai seni yang bertunjangkan keindahan. Unsur sejarah ialah unsur yang berdasarkan benar dan tepat dibuktikan kewujudannya.
Fungsi Historiografi Melayu
Menurut Ali Haji Ahmad (1987:8), kedudukan raja-raja Melayu dan perhubungannya dengan rakyat dan sebaliknya pandangan rakyat terhadap raja-raja mereka merupakan salah satu sebab mengapa karya genre ini tertulis. Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai bangsawannya mempunyai kedudukan yang penting bukan sahaja di dalam mengendalikan pemerintahan feudal tetapi juga sebagi pemelihara adat istiadat.
Mengesahkan Kedudukan Golongan Pemerintah
Didalam system msyarakat yang agak tertutup pengetahuan menulis dan di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintahan adalah terhad kepada golongan istana. Kelebihan ini bukan semata-mata melibatkan kebijaksanaan berfikir dan bertindak tetapi juga di selubungi oleh unsur-unsur kesahihan di dalam keturunan, martabat, kedaulatan dan kesucian.
Merekod Segala Unsur Penting Tentang Pemerintahan dan Budaya
Dengan kedatangan kuasa-kuasa luar kea lam Melayu kedudukan pemerintahan yang selama ini terpelihara terasakan tergugat. Oleh itu tentulah difikirkan amat perlu bagi raja-raja dan golongan bangsawan ini mencatat segala unsur-unsur penting di sekitar kerajaan masing-masing seperti salasilah raja-raja, dan adat istiadat dan falsafah politik.
Pandangan Dr Liaw Yock Fang
Dr Liaw Yock Fang berpendapat sastera sejarah Bugis dan Mengkasar biasanya lebih dapat dipercayai. Orang Bugis mempunyai kebiasaan menyimpan catatan-catatan harian, surat-surat perjanjian dan salasilah raja. Daripada catatan-catatan inilah berasal sastera Sejarah Bugis. Inilah sebabnya kalau kita membaca hasil sastera sejarah Melayu yang di pengaruhi tradisi Bugis kita dapati ceritanya terputus-putus.
Hikayat Upu Daeng Menambun adalah satu naskhah yang agak tua jika dibandingkan dengan karya- karya sastera sejarah yang lain seperti Tuhfat al- nafis dan salasilah Melayu dan Bugis.Tidak ada kenyataan-kenyataan tentang tarikh naskhah ditulis dan juga nama pengarang yang bertanggungjawab menghasilkan karya ini. Plot cerita lebih menepati sastera penglipur lara, tetapi sumber-sumbernya adalah bercorak sejarah (HUDM,hlm x). Hikayat Upu Daeng Menambun memberikan susur-galur kepada jurai keturunan raja-raja di tanah Jawa, Sumatera, dan Borneo apabila berlaku perkahwinan dengan Upu-upu Daeng berlima bersaudara. Bertolak daripada pengembaraan, perkahwinan, dan peperangan itu maka keluarga Upu-upu itu berjaya menguasai sebahagian besar kerajaan-kerajaan di sekitar kepulauan Melayu. Secara tidak langsung hikayat-hikayat ini memperlihatkan hubungan kekeluargaan dan pertalian darah di antara rumpun bangsa Melayu di Nusantara ini.
Kekuasaan Melayu-Bugis yang merajai hamper seluruh Nusantara ini dapat dikesan strategi dan kepimpinannya dalam hikayat-hikayat yang ditulis pada zaman pemerintahan mereka. Hikayat Upu Daeng Menambun adalah antara hikayat yang dapat menyerlahkan strategi dan kepimpinan mereka yang membawa kepada kemenangan dan kekuasaan Melayu Bugis. Yang amat jelas ialah strategi kemenangan melalui perpaduan, kebijaksanaan dan mesyuarah. Selepas daripada itu kekuasaan mereka didokong oleh tradisi penulisan yang diterajui oleh golongan istana.
Pandangan Terhadap Konsep Taat Setia Rakyat Kepada Raja
Menurut Dr. Liaw Yock Fang, satu tema yang berkali-kali ditonjolkan dalam sastera sejarah ialah orang Melayu pantang derhaka. Bahagian pertama dalam sesebuah karya sastera sejarah Melayu dan Jawa bertujuan menerangkan sifat-sifat keutuhan raja dan fungsinya, kerana itu sastera sejarah lebih banyak memberikan mitos yang berfungsi sebagai alat hiburan dan propaganda kepada rakyat jelata, untuk mengagung-agungkan pemerintahan mereka, supaya raja itu dapat dikonsepsikan kepada kuasa daulat dan lambang semangat dan kekuasaan. Bahagian kedua lebih berfungsi kepada realiti dan fakta supaya pembaca-pembaca daripada golongan terkemudian dapat menerima cerita itu sebagai sesuatu yang pernah wujud. Hikayat Upu Daeng Menambun juga memperlihatkan taat setia rakyat Bugis kepada rajanya walau berada di mana saja. Ini dapat dilihat dalam petikan dibawah:
‘Maka sekalian orang Bugis pun yang ada di siak pun,
dilihat anak Raja Bugis yang datang, maka sekaliannya
orang Bugis mengikutlah kepada rajanya yang datang itu.
Maka berperanglah melawan orang siak’
(HUDM,36)
Sehubungan dengan itu, konsep taat kepada pemerintah sangat penting dalam sesebuah organisasi Negara. Dengan adanya taat setia kepada raja, sesebuah Negara itu menjadi aman dan damai. Taat kepada raja mahupun pemerintah memainkan peranan penting untuk menjana kehormatan sesebuah pertalian antara pemimpin dan rakyat. Rakyat mesti taat kepada pemerintahnya untuk kesejahteraan hidup.
Pandangan Terhadap Konsep Keteguhan Hubungan Persaudaraan
Hikayat Upu Daeng Menambun adalah sebuah teks yang mengutamakan kekeluargaan dan persaudaraan sebagai motto kekuatan dan kemenangan. Persaudaraan yang melambangkan bersatu itu teguh, bercerai itu roboh telah pun wujud dan menjadi amalan anak-anak raja Bugis yang berlima ini. Dialog-dialog yang melambangkan kesatuan keluarga dan bangsa, sikap bertolak ansur dan pengorbanan, muafakat, kejujuran dan menepati janji kerap ditemui dalam Hikayat Upu Daeng Menambun:
“Lalu berpegang-pegangan bersama memegang hulu
keris hendak bertikam, sambil berkhabar Upu Daeng
menambun kepada Daeng Mataku, katanya, “saya
semua ini lima bersaudara, satu ibu dan satu ayah, seperti
satu nyawa dan seperti satu badan tidak bercerai; sama baik
sama jahat sama baik; awak seorang, sungguh berdua dengan
Tuan Haji Hafiz, dia orang bugis lain, bukan saudara.”
(HUDM 31)
Ini disokong pula dengan sikap tolak ansur dan pengorbanan saudara yang tua kepada adik-adiknya iaitu:
‘lalu bertitah sultan, “baiklah kita muafakat sementara
waktu sunyi. Yang suka saya, baiklah Upu Daeng Perani
menjadi yang Ampuan Muda.”
Maka dijawab oleh Upu Daeng Perani, “saya ini belum
boleh jadi yang Ampuan Muda, kerana saya hendak mencarikan
kesenangan saudara saya yang berempat ini. Barangkali jikalau
ada perkenan saudara saya yang berempat ini, anak saya dua orang
di negeri siantan, yang laki-laki Upu Daeng Kemboja namanya itu
barangkali boleh, kemudian itu jadi seperti tidak titah duli sultan itu.
Waktu hari ini pilihlah yang berempat ini; dan adik saya Upu Daeng
Menambun, telah sudah dapat kebesaran dan kesenangan di negeri
Mantan; dan saudara saya yang bertiga lagi belum tentu. Itulah hendak
Ditentukan tempat kedudukannya, serta dengan kesenangannya”.
(HUDM,13)
Hikayat ini juga memperlihatkan konsep kerjasama dan tolak ansur yang amat tinggi di antara lima orang putera Daeng Rilaka ini. Tiada langsung gambaran tamak haloba di antara mereka berlima bersaudara iaitu:
“lalu berpakatlah berlima saudara serta mesyuarat. Lalu berkhabar
Daeng Perani yang tua, “aku sudah berbini di siantan anaknya
nakhoda Alang dan aku sudah beranak pula dua orang dan yang
tua Daeng Kemboja laki-laki dan yang seorang Daeng khatijah
perempuan, “maka kata Daeng Perani, “baiklah adinda Upu Daeng
Menambun berbinikan anak sultan itu yang bernama Puteri Kesumba.”
(HUDM,29)
Dengan ini, keteguhan hubungan persaudaraan sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dengan adanya hubungan persaudaraan yang kuat ikatan kekeluargaan akan menjadi lebih mesra dan harmoni. Disamping itu,hubungan persaudaraan juga memberi satu corak kehidupan yang bahagia dan sentiasa teguh walaupun. Tanpa adanya keteguhan hubungan kekeluargaan,sesebuah institusi itu tidak mampu memberi corak kehidupan yang aman dan bahagia.
Pandangan Liaw Yock Fang Terhadap Adat Istiadat dan Alat Kebesaran
Sejarah Melayu juga menyebut pelbagai aturan adat yang disusun seperti barang-barang kegunaan larangan bagi rakyat kebanyakkan, adat di balairung, adat mengadap raja, adat raja berarak, adat menghantar dan menerima utusan dan sebagainya. Selain Sejarah Melayu, gambaran adat dan aturan yang dipakai oleh diraja Melaka boleh juga dilihat dalam teks Undang-undang Melaka.
Hikayat Upu Daeng Menambun juga telah menyentuh sedikit tentang alat-alat kebesaran di Raja iaitu:
‘maka sekalian kebesaran-kebesaran di Riau pun dapatlah.
Lalu dibawanya kebesaran itu kepada sultan raja sulaiman’
Sehubungan dengan itu alat kebesaran di raja amat penting bagi seseorang raja yang memerintah di sesebuah negeri mahupun negara. Alat kebesaran itu melambangkan kekuasaan diraja yang telah ditabalkan menjadi pemerintah negara. Tanpa adanya alat kebesaran ini, sesebuah institusi diraja tidak akan mempunyai status diraja. Alat kebesaran ini melambangkan perbezaan antara golongan tinggi dan golongan bawahan. Shubungan itu adat istiadat juga penting dalam sesebuah pemerintahan diraja,ini dapat di lihat dalam teks ini:
“sa-bermula ada-lah yang berikut ini ‘Adat Istiadatraja-raja
Melayu dan bugis, turun temurun daripada zaman
Sultan Shah Dzu‘l-karnain, yang memerentah segala
manusia hingga ka-zaman Sultan Iskandar Shah, iaiatulah
raja yang mula masuk dan membuka negeri Melaka.
(Syed Alwibin Syed Syeikh Al-Hadi,1960:63)
“maka Sultan Shah pun mengaatur takhta kerajaan dan baginda
Syahadan bagindalah yang pertama meletakkan kekuningan
larangan.”
Ini bermakna adat istiadat amat penting dalam sesebuah institusi pemerintahan beraja. Adat istiadat merupakan satu upacara yang sagat penting bagi melantik, mahupun menabalkan seseorang itu menjadi raja. Tanpa adanya adat istiadat yang, majlis yang dilaksanakan tidak mungkin akan menjadi sempurna dan teratur, dan akan menjatuhkan maruah institusi beraja.
Pandangan Liaw Yock Fang Terhadap Naskhah
Hikayat Upu Daeng Menambun merupakan satu sumber sejarah yang amat penting kepada ahli-ahli fisologi untuk membuat hipotisa-hipotisa kepada sejarah permulaan raja-raja dan susur galur bangsa Melayu. Walaupun bentuk pemceritaannya lebih condong kepada metos yang pernah dicatatkan didalam beberapa sumber sejarah lama seperti TAN “SRRR” DAN SMDB. Sebuah naskhah sastera sejarah yang paling hampir menepati susur galur Hikayat Upu Daeng Menambun ini ialah “SB”. Hikayat Upu Daeng Menambun memberikan susur galur kepada jurai keturunan raja-raja di tanah Jawa., Sumatera dan Borneo apabila berlaku perkahwinan dengan Upu-upu Daeng berlima saudara. Bertolak dari pengembaraan, perkahwinan dan peperangan itu maka keluarga Upu-upu itu Berjaya menguasai beberapa buah negeri disekitar kepulauan Melayu. Secara tidak langsung hikayat ini memperlihatkan hubungan kekeluargaan dan pertaliaan darah diantara rumpun bangsa Melayu di Nusantara ini. Upu berlima saudara memulakan pelayaran ke negeri-negeri sebelah barat dengan tujuan mencari kesenangan dan kekuasaan dari sifat kepahlawanan sebuah negeri lain dengan memberikan bantuan-bantuan kekuatan dan bantuan itu dibayar dengan pemberian secara perlantikan menjadi Yamtuan Muda atau berupa emas ataupun mengikat persaudaraan dengan jalan perkahwinan.
Pandangan Liaw Yock Fang Terhadap Karya dan Penulisan
Karya dan penulisan adalah strategi yang berterusan atau terakhir bagi orang-orang Bugis melestarikan kepahlawanan dari fizikal kepada kekuatan pemikiran. Tradisi kepengarangan Melayu-Bugis jelas dapat dilihat daripada hasil karya yang lahir dari istana Johor-Riau-Lingga. Ini memperlihatkan bahawa kesinambungan kekuatan kepahlawanan diteruskan dengan kepahlawanan mata pena dimana akhir kita lihat karya-karya besar dari keturunan Upu Daeng ini ialah Raja Haji dan Raja Ali Haji dari istana kerajaan Johor-Riau. Pentingnya karya sastera ditulis adalah untuk mengukuhkan hak dan kekuasaan, kebesaran, adat istiadat dan undang-undang kekuasaan dan penguasaan sesuatu bangsa. Setiapa bangsa di dunia ini mesti mempunyai akar tradisinya yang tersendiri dan kukuhnya sesuatu bangsa itu kerana dapat terus berpegang kepada akar tradisinya. Snouck Hurgronje mengatakan bahawa sastera sejarah adalah satu cabang kesusasteraan yang amat menarik. Kalau Kita sudah tahu sifat-sifat penulisan sastera sejarah ini,kita akan memperoleh bahan-bahan yang kaya tentang watak bangsa Melayu serta undang-undang dan adat istiadat.
Didalam Tuhfat Al-Nafis ada disebut negeri-negeri yang didatangi oleh anak-anak raja Bugis dari siantan ke Bangka Kota untuk bersahabat dengan sultan Lembayang. Upu Daeng Merewah yang juga digelar Kelana Jaya Putera, membantu Hollanda melanggar Pariaman-kisah tun bujang yang diberi nama Yamtua Raja Kecil, mendapat kuasa memerintah anak Minangkabau di pesisiran laut dari Yamtuan Sakti dan Puteri janilan. Peristiwa Raja Kecil mengalahkan johor digambarkan dengan terperinci sehingga perkahwinannya dengan tengku kamariah.
Pandangan Dr Liaw Yock Fang Terhadap Kelemahan Musuh dan Tidak Menzalimi Musuh
Dalam mengendalikan sesebuah peperangan kita perlu bijak untuk mengetahui kelemahan musuh terlebih dahulu. Ini kerana kita lebih berkeadaan dalam kedudukan yang selesa.Dengan ini serangan musuh dapat kita pintas dari semua arah. Manakala kita tidak boleh menzalimi musuh yang telah kita berkas mahupun kita tawan, ini kerana musuh adalah sebahagian daripada bukti kita..dalam Hikayat Upu Daeng Menambun pula dapat kita lihat daripada teks ini iaitu:
“maka serta jadi kota beliau itu. Lalu dimasukkan adinda Pangeran
Agung ke dalam kota itu serta dengan budak-budaknya,
perempuaan, ada kira-kira tiga puluh orang. Maka lalu dipakulah
pintu kota itu. Maka dibuatkan sungai kecil didalam kota itu,
serta dengan diberi beras dan garam. Lalu dipukulkan canang di
dalam negeri, lalu tinggi se hasta, laki-laki tidak boleh masuk
kedalam kota. Apa-apa yang kurang di dalam kota, berteriaklah
sahaja minta barang suatunya, dan perempuan yang tiga
puluh itulah dibuatnya bini dan gundiknya oleh Pangeran Agung
didalam kota itu. Itulah sebab maka jadi banyak anak
cucunya sampai sekarang.”
(HUDM,33)
Ini jelas bahawa strategi mengenali kelemahan musuh dan tidak menzalimi musuh amat penting dalam konteks peperangan mahupun berorganisasi. Jika kita tidak mngkaji selidik kelemahan musuh tidak mungkin kita dapat mengalahkan segala serangan musuh.
Kesimpulan
Melihat kepada perbandingan-perbandingan karya sastera lama yang bercorak sejarah ini dapatlah diterima bahawa Hikayat Upu Daeng Menambun juga adalah salah satu hasil atau sumber sejarah yang tidak kurang pentingnya sebagai satu bahan rujukan. Hikayat Upu Daeng Menambun bukan sahaja diterapkan sebagai hasil sejarah tetapi juga sebagai hasil sastera Melayu yang dapat dibanggakan. Walaupun pada ukuran umurnya berdasarkan kepada fakta-fakta nashkah, tarikh dan nama pengarang, kelihatan Hikayat Upu Daeng Menambun lebih tua dari TAN dan SMDB tetapi gaya bahasanya mudah difahami dan jalan ceritanya adalah lurus dan mendatar.
Sebagai sebuah hasil sastera bercorak hikayat, sememangnya plot ceritanya menjadi longgar dengan unsur-unsur metos dan percubaan-percubaan mahu mengagung-agungkan raja atau pemerintahnya. Juga sebagai satu alat hiburan kepada pendengar-pendengar yang tidak tau membaca dan menulis tentu sekali ceritanya tidak dapat dihindarkan diri dari belakunya pengulangan kata atau pengulangan idea. Namun begitu Hikayat Upu Daeng Menambun tidak lagi menyelitkan bentuk-bentuk puisi lama seperti yang terdapat di dalam Sejarah Bugis.
Biblografi
Rogayah A. Hamid, Strategi Kekuatan dan Kekuasaan Melayu-Bugis dalam Hikayat Upu Daeng Menambun, 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah Utara.
Ali Ahmad. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah.KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.1987.
Rogayah A.Hamid.Hikayat Upu Daeng Menambun.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.1980.