Cerita Pendek
Cerpen merupakan cerita pendek, iaitu cerita rekaan (cereka) berbentuk prosa yang relatif
pendek. Cerpen tiada ukuran yang jelas dan tidak tetap jumlah perkataannya. Cerpen juga
dapat dibaca dalam waktu yang singkat. Cerpen mempunyai kesatuan kesan kesatuan tunggal,
watak, plotdan setting yang terhad, tidak beragam dan tidak kompleks. Cerpen dapat
dibahagikan kepada 3 kelompok iaitu:
1. Cerpen atau cerita pendek
2. Cerpenan atau cerpen yang panjang; dan
3. cerpendek atau cerpen pendek.
Ciri-ciri cerpen
a) Satu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa, cerita berkembang
sehingga menemukan titik akhir atau penyelesaian
b) Ketunggalan plot yang memungkinkan setiap aksi perilaku watak dapat berkembang mengikut
sebuah garis yang berterusan dari tahap awal hingga akhir.
c) Jumlah watak yang sedikit terhad dan tidak perlu ramai.
d) Setting atau latar waktu dan tempat yang singkat dan terhad juga
e) Jumlah perkataan hanya sihingga 20,000 patah perkataan
f) Perkembangan cerita lebih cepat
Unsur-unsur Cerpen
1. Tema- pemikiran
2. Plot- konflik ada atau tidak
3. watak
4. Latar- tempat, masa, dan suasana
5. sudut pandanga
6. gaya dan gaya bahasa
7. Suasana cerita
Proses Penulisan Cerpen
1. Pengalaman sendiri
2. pengamatan alam persekitaran
3. daripada pembaca
4. daripada pencerita atau pengalaman orang lain
Jenis permulaan cerpen
1. Permulaan dengan komen
2. Permulaan dengan deskritif
3. Permulaan dengan laporan
4. Permulaan dengan dialog
Cara Menamatkan Cerpen
1. Dues ex machina- Yang tak di jangka
2. Keadilan Puitik- (poetic justice)
3. Kejutan- (surprise ending)
4. Tragedi
5. Gembira (happy ending)
6. Dengan tanda tanya
Contoh Cerpen
Karya Nor Farimi Bin Yusop
Universiti Putra Malaysia
(Bacelor sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
AYAH
Senyuman wajah ayah masih terbayang dibenakku. Aku memandang ke setiap penjuru rumah, sambil teringat kenangan bersama ayah ketika aku masih kecil. Setiap kali aku teringat akan wajah itu, pasti mutiara jernih akan mengalir dari mataku. Ayah merupakan seorang yang gigih berusaha. Pelbagai dugaan telah ayah tempuhi untuk membesarkan kami 10 orang adik – beradik. Antara semua adik – beradik, akulah anak yang paling rapat dengan ayah. Ayah selalu membuatkan aku terhibur dengan pelbagai nyanyian lagu klasik ketika dia membawaku bersiar – siar dengan menaiki motosikal Honda C70 buruknya yang berwarna hitam itu.
Semasa berada di rumah, aku selalu duduk dan berkongsi cerita bersama ayah. Ayah juga begitu. Ayah sering menceritakan pengalamannya ketika dia masih remaja.
“Ayah suka pergi memancing berumpankan belacan yang digaul bersama tepung gandum,” cerita ayah.
“Dapat ikan ke ayah?”. Tanyaku.
Riak wajah ayah tersenyum.
“Ikan juga suka dengan belacan sebab belacankan udang yang dah kering,” beritahu ayah.
“Ohh”.
Cuma itu perkataan yang keluar dari peti suaraku ketika itu. Ketika itu juga, baru aku tahu belacan boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan.
Tiba – tiba lamunanku terhenti apabila emak memanggil aku untuk melawat ayah di hospital. Kasihan ayah. Pelbagai dugaan yang ayah perlu hadapi ketika ini. Mak yang juga sakit tangan dan kaki menguatkan semangatnya untuk melawat ayah. Aku menolak kerusi roda yang dinaiki mak kerana emak tidak mampu untuk berdiri lama.
Pada tahun 2008, ayah dikesan menghidap penyakit jantung. Ketika itu umurku mencecah 20 tahun. Sesekali juga aku mula sedih dengan nasib ayah. Mana tidaknya, ayah yang sebelum ini kuat orangnya kini terlantar lemah di hospital. Ayah yang dulu suka membuat kerja – kerja menukang kini tidak lagi berdaya. Ayah yang sewaktu dulu suka bergurau senda dengan anak - kini tidak lagi mampu untu berbuat demikian. Sedih hatiku, menangis jiwaku mengenang nasib yang menimpa ayah. Tetapi apakan dayaku kerana ini semua adalah takdir dari Yang Maha Esa.
“Abang sabar yer. Nanti abang dah sembuh baru abang boleh balik rumah,” pujuk emak setelah berada disisi ayah.
“Abang kena kuat. Kena kuat hadapi semua ini. Kami semua sentiasa mendoakan abang supaya cepat sembuh.”
Emak tidak putus – putus memberikan semangat kepada ayah setelah melihat ayah menunjukkan riak wajah sedih seraya kami berada disisinya. Emak juga menunjukkan reaksi sedih walaupun dia sedang memberikan semangat kepada ayah. Sedih melihat keadaan ayah. Walaupun begitu, emak masih sempat menahan mutiara jernih jatuh daripada kelopak matanya. Pada masa itu, menjadi tanggungjawabku pula untuk memberikan semangat kepada emak supaya terus kuat. Begitulah keadaannya setiap kali aku dan emak pergi melawat ayah di hospital. Setelah emak memberikan kata – kata semangat kepada ayah, aku pula yang harus berbuat begitu kepada emak.
Aku termenung disisi ayah yang sedang lena tidur. Pada malam itu, pelbagai soalan bermain dalam kotak fikiranku. Aku gelisah memikirkan keadaan ini. Tidak lama lagi aku akan mendaftar masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pelajar kemasukan sesi 2009/2010. “Bagaimana emak akan hadapi harinya bersama adik – adik yang lain di rumah setelah pemergianku nanti?”. “Dengan siapa emak akan pergi melawat ayah setelah keberangkatanku ke UPM kelak?”. Itu antara perkara yang bermain dalam benakku ketika itu. Mana tidaknya, akulah tempat emak bergantung setelah ayah dimasukkan ke hospital kerana abang – abangku semuanya bekerja di Kuala Lumpur.
Pada tahun 2008, ayah dikesan menghidapi penyakit jantung. Pada tahun itu juga aku akan menduduki STPM. Pada tahun 2009, ayah dimasukkan ke hospital kerana pengsan secara tiba – tiba di rumah. Menurut doktor yang merawat ayah, jantungnya terlalu kritikal dan memerlukan pengawasan yang rapi. Disebabkan itulah ayah terlantar dalam wad sehingga kini. Pada tahun itu juga aku sedang menunggu keputusan STPM. Dua situasi dalam dua tahun yang berbeza ini telah membuatkan aku berdebar – debar untuk menghadapi hari berikutnya. Mana tidaknya, keluarga digemparkan dengan berita ayah dikesan menghidapi penyakit jantung beberapa bulan sebelum aku menduduki STPM. Tahun 2009 pula, ayah dimasukkan ke hospital beberapa minggu sebelum keputusan STPM diumumkan. Aku redha dengan semua ini.
Aku keluar dari wad ayah untuk menghirup udara segar sambil menenangkan fikiran. Langkahku terhenti di bangku yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Aku duduk di situ. “Fuh!!”. Aku menghembuskan nafas lega. Fikiranku menjadi tenang apabila anak mataku memandang tepat kepada masjid negeri Kelantan yang berhampiran dengan Hospital Besar Kelantan. Naluriku mula memikirkan perkara positif terhadap apa yang berlaku kepada ayah. Aku tahu ada ramai lagi orang yang menghidap penyakit yang lebih teruk daripada ayah. Setiap makhluk di dunia ini pasti memiliki masalah sendiri.
Setelah fikiranku menjadi tenang, aku melangkah masuk ke dalam wad ayah. Aku lihat ayah sudah terjaga dari tidurnya.
“Kamu pergi ke mana?” tanya ayah.
“Alang pergi jalan – jalan dekat luar tadi ayah. Kat dalam ni sejuk sangat,” jawabku perlahan. Ayah mengangguk faham. Kemudian ayah kembali melelapkan matanya. Aku juga begitu.
Alang. Itulah gelaran yang ayah berikan kepadaku. Aku juga tidak mengetahui bagaimana gelaran itu boleh diberikan kepadaku. Tetapi, yang aku tahu gelaran itu datangnya daripada ayah. Sejak aku kecil sehingga kini gelaran itu terus digunakan. Gelaran itu telah bersemadi dalam hidupku.
Setiap satu jam, aku tersedar dari tidurku kerana ayah memanggil namaku untuk meminta makanan. Namun begitu, aku tidak menuruti kehendaknya kerana doktor telah berpesan kepadaku supaya ayah berpuasa selama satu malam. Hal ini demikian kerana doktor mahu mengambil darah ayah pada keesokan harinya. “Ayah sabar yer, esok pagi Alang bagi ayah makan.” Aku faham perasaan ayah yang sudah kelaparan kerana petang itu ayah hanya makan sedikit sahaja. Muka ayah kelihatan sedih.
“Bukan Alang tak nak bagi, tapi doktor dah pesan kat Alang suruh ayah puasa. Ayah boleh minum air mineral jer.” Ayah mengangguk faham.
“Bagi ayah air,” suruh ayah.
Aku bangkit lalu menuangkan air ke dalam cawan untuk diberikan kepada ayah. Sedikit demi sedikit ayah meneguk air tersebut. Aku terlihat wajah yang dalam kehausan. Kasihan ayah.
Cemik muka ayah mula terpapar dari raut wajah ayah apabila kenangan semasa aku masih kecil mula kuceritakan kepadanya. Aku tidak pasti berapa usiaku ketika itu. Aku suka tidur 24 jam. Malam tidur, pagi tidur, petang tidur. Sehinggakan ayah mula risau dengan perangai aku. “Kenapa Alang tidur jer ni? Kuatkan semangat. Macam mana nak baik ni.” Tetapi aku ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Satu hari aku teringin untuk makan roti telur. Lalu aku memberitahu ayah keinginanku itu. Dengan perasaan sayang, pagi – pagi lagi ayah sudah mencari roti telur untuk diberikan kepadaku. Ayah tahu aku suka makan banyak. Oleh itu, ayah membelikan aku roti telur sebanyak dua keping. Tetapi hanya suku dari dua keping roti itu yang aku usik. Ayah menyuruh aku menghabiskan kesemua roti telur tersebut kerana menurut ayah tidak baik melakukan amalan pembaziran.
Hari demi hari ayah menantikan aku bangkit dari tempat tidurku agar aku bermain di luar seperti buadak – budak lain yang aktif di luar rumah. Ayah sentiasa disisi aku ketika aku tidak sihat. Ayah selalu menghiburkan aku dengan pelbagai cara. Ketika itu aku menyedari bahawa kasih sayang ayah kepada anak – anaknya sungguh besar.
Aku menggosok dada ayah dan meminta ayah menarik nafas untuk meredakan tangisannya. Aku faham perasaan ayah dalam keadaan seperti itu. Ayah tidak mampu bercakap seperti orang biasa. Ayah juga tidak lagi mampu berdiri seperti orang lain. Segala – galanya ayah tidak mampu lakukan sekarang ini.
“Sabar ayah. Ini semua dugaan dari Allah,” ayah semakin sedih. Barangkali ayah belum boleh menerima hakikat ini. Aku kembali menggosok dadanya agar dia tenang. Tangisan ayah ibarat seribu pisau yang menusuk ke tubuhku. Aku hanya mampu menahan sebak apabila melihat keadaan ayah sebegitu rupa. Tambahan pula emak mengalami sakit sendi di rumah.
Sungguh hebat dugaan yang Tuhan beri kepada keluargaku. Mujurlah kami semua sudah besar dan boleh menguruskan diri masing – masing. Dugaan yang Tuhan berikan mempunyai pelbagai hikmah. Barangkali boleh mengeratkan lagi hubungan kami sesama adik – beradik dan mengingatkan kami kepada jasa emak dan ayah sewaktu mendidik dan membesarkan kami dengan penuh rasa sabar dan tabah.
Ayah dibenarkan pulang pada petang ini. Perasaan ayah yang gembira membuatkan wajahnya sedikit tersenyum. Barangkali ayah masih sukar menerima takdirnya. “Kenapa ni ayah??”. Tak nak la sedih – sedih lagi. Ayahkan dah boleh balik,” beritahuku. Namun, ayah seperti tidak menghiraukan apa yang aku cakapkan. Sementara aku menunggu surat pengesahan daripada doktor, aku bersiar – siar buat kali terakhir di luar kawasan hospital.
Ramai yang sedang menunggu diluar wad untuk sementara waktu melawat menjelma. Aku menuju ke lif dan melangkah dengan pelbagai harapan. Aku termenung sejenak. Aku sama sekali rindu kepada suara ayah yang dulu sering berbual dengan aku. Tetapi ayah sekarang diam seribu bahasa. Terasa sangat sunyi tanpa dihiburkan suara ayah yang dulu suka memanggil namaku. Jika dulu ayah mampu berjalan walaupun menggunakan tongkat, tetapi sekarang ayah insan yang lemah yang dia sendiri menggelarkan dirinya sebagai orang cacat.
“Kenapa ayah ni??” aku menegur ayah yang menggelarkan dirinya sebagai seorang yang cacat
“Ayah dah tak boleh berjalan. Ayah tak macam orang lain yang mampu berdiri lama,” jawab ayah dengan nada sedih.
“Ayah masih boleh sembuh. Ayah tak cacat,” setitik mutiara jernih jatuh mengalir di pipiku.
Tiba – tiba aku tersedar dari khayalan. Aku terus menuju ke wad ayah sambil menunggu kehadiran abang Zal untuk membawa aku dan ayah pulang ke rumah selepas mendapat surat pengesahan.
Emaklah orang yang paling gembira dengan situasi ini. Sesampai saja di rumah, emak telah menunggu di muka pintu rumah menyambut kepulangan kembali putera hatinya. Dengan serta – merta emak memeluk erat ayah. Pelukan itu seakan – akan tidak mahu dilepaskan oleh emak. Begitu rindu emak terhadap ayah. Dengan tidak semena – mena aku melihat keluar mutiara jernih dari mata emak. Aku faham benar perasaan emak ketika itu. Emak terlalu gembira dengan kepulangan ayah setelah lama terlantar di hospital.
“Sudah – sudahlah mak. Bagilah ayah rehat dulu,” usik aku.
“Biarlah. Emak dah lama rindukan ayah kamu,” balas emak spontan dengan nada bergurau.
Aku dengan abang Zal tersenyum dengan telatah emak. Ayah juga mula mengukirkan senyuman di wajahnya. Barangkali terasa sedikit lucu dengan kelakuan isterinya itu.
Masuk tahun ini dah dua tahun kenangan itu berlalu. Ayah kini semakin sihat. Syukur kepada-Nya. Kini ayah mampu berjalan tanpa bantuan sesiapa. Namun, gaya jalan ayah masih lemah dan kini masih mandapatkan rawatan lanjut dari hospital. Kami sekeluarga sentiasa memberikan semangat kepada ayah agar dapat sihat sepenuhnya walaupun kami tahu agak sukar untuk ayah sihat sepenuhnya.
Ayah semakin bertenaga dan bersemangat berbanding sebelum ini. Ayah sekarang mampu bermain dengan cucunya dan melakukan kerja – kerja yang biasa dilakukan dulu. Tetapi, ayah tidak boleh melakukan kerja – kerja berat kerana doktor telah memberitahu bahawa ayah boleh melakukan kerja – kerja ringan sahaja.
Pada mulanya ayah melakukan kerja – kerja ringan sahaja. Barangkali dia sendiri berasa tidak cukup kuat untuk melakukan kerja – kerja berat. Setelah berasa kuat, ayah sedikit demi sedikit melakukan kerja – kerja berat. Keadaan ini pada mulanya tidak diketahui oleh emak kerana ayah tahu jika emak tahu dia melakukan kerja – kerja berat sudah tentu emak akan membebel kepadanya. Tetapi, pada suatu hari emak mengetahui juga perkara tersebut. Setibanya ayah di rumah, emak terus membebel kepada ayah. Ayah mendengar sahaja bebelan emak itu tanpa berkata apa – apa. Barangkali ayah mengerti bahawa dia memang bersalah. Aku yang berada di situ juga hanya mampu mendengar bebelan mama itu.
Pada hari itu, ayah pagi – pagi lagi hendak pergi ke kebunnya. Entah apa mimpinya hendak pergi awal – awal. Kebiasaannya, ayah akan ke kebun lebih kurang pukul 10 pagi. Tetapi hari itu awal – awal pagi lagi ayah sudah siap untuk ke kebun.
“Hendak ke mana awal – awal pagi ni bang?” tanya emak.
“Ke kebunlah,” jawab ayah ringkas.
“Mimpi apa abang ni awal – awal pagi nak ke kebun?” tanya mak lagi.
“Mimpi awaklah,” jawab ayah bergurau.
Aku hanya tersenyum dengan gurauan ayah itu. Begitu juga dengan adik – adikku.
Usai bersarapan, ayah terus ke kebun seperti biasa dengan menaiki motosikal lamanya itu. Setelah beberapa ketika ayah hilang dari pandangan kami semua. Emak pula terus dengan kerja rumahnya manakala aku dan adik – adik terus menghabiskan sisa – sisa sarapan tadi.
Tidak lama selepas itu datang seorang budak lelaki memberitahu bahawa ayah rebah semasa melakukan kerjanya di kebun. Emak yang mendengar perkara tersebut terus terkejut. “Astaghfirullahalazim.” “Alang! Cepat pergi tengok ayah kat kebun,” pinta mak. “Baik mak,” balasku ringkas.
Setibanya aku di kebun ayah, aku melihat sekujur tubuh terbaring di sebelah pokok pisang. Aku pasti itulah ayah. Dalam usaha mengangkat ayah, abang Zal sampai dengan keretanya. Aku dan abang Zal mengusung ayah masuk ke dalam kereta. Selepas itu, abang Zal membawa ayah ke klinik desa di kampungku. Tetapi hampa kerana klinik tersebut tidak menerima kes kecemasan. Dengan perasaan hampa abang Zal terus meluncur laju ke Hospital Besar. Setibanya di hospital, ayah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Kecemasan.
Sambil menunggu berita daripada doktor, abang Zal menelefon emak memberitahu perkembangan ayah. Selang beberapa ketika, doktor yang merawat ayah keluar dari bilik rawatan. Aku berasa sedikit gementar. Macam – macam perasaan datang dalam fikiranku saat melihat doktor itu keluar dari bilik rawatan. Barangkali perasaan itulah yang membuatkan aku berasa gementar.
Sampai sahaja di hadapan kami, doktor itu mengucapkan takziah kepada kami dan meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan ayah kami. Saat itu aku terus sugul. Abang Zal pula telah mula menunjukkan riak wajah sedih. Doktor itu memberitahu bahawa sekiranya kami awal 5 minit membawa ayah ke hospital, kemungkinan ayah dapat diselamatkan.
Waktu itu kenangan bersama ayah kembali menyelinap dalam benak fikiranku. Kusangka aku dapat bersama – sama ayah seperti biasa setelah beberapa tahun ayah terlantar di hospital ini. Namun, Tuhan lebih sayangkan ayah daripada kami. Kami redha dengan ketentuanNya.
Kini ayah sudah tiada lagi bersama kami. Ayah telah pergi meninggalkan kami selama – selamanya. Hanya kenangan bersamanya sahaja yang masih lagi terpahat di hati kami. Bagi aku pula, puisi yang aku tulis ketika ayah terlantar di hospital menjadi kenangan yang paling berharga, kenangan yang tidak akan aku lupakan hingga akhir hayatku.
Ayah....
Disaat aku menemanimu disudut katilmu
Aku terkedu melihat dikau menangis
Ayah....
Aku rindu pada suaramu
Yang dulu memanggil namaku dan nama cucumu
Ayah.....
Ketika aku menemanimu
Aku sentiasa menanti senyumanmu
Agar menceriakan hari – hariku
Ayah....
Usahlah kau bersedih
Aku di sini akan menemanimu hingga akhir hayatku
Ayah....
Jangan kau tangisi nasibmu lagi
Aku di sini akan cuba memberimu semngat untuk terus hidup di muka bumi....
Ayah yang ku sayang.....
Usahlah ayah berasa risau
Aku akan cuba bantu ayah untuk terus hidup.Nor Farimi Bin YusofUPM