Karya Saya
(Maksud Sajak)
Pengalaman Puisi Edisi Kedua
Muhammad Haji Salleh: Sasterawan Negara
Istilah sajak sekarang ini digunakan secara agak longgar dan sering
disamaertikan dengan puisi. Akan tetapi, maknanya yang lebih tepat
dan diterima di kalangan pengkaji kesusasteraan ialah bahawa sajak
itu suatu bentuk moden yang lebih bebas, dan seterusnya
rangkapannya tidak terikat atau menyalin bentuk-bentuk tradisional
seperti pantun dan syair, dan membawa suasana serta pandangan
hidup yang lebih moden. Rentak dan perjalanan baris serta baitnya
lebih mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur, tidak disukat dan
ditentukan panjangnya oleh peraturan-peraturan lama seperti dalam
dua bentuk tradisional yang disebutkan di atas tadi. Berdasarkan ciri
ini, karya berikut oleh Usman Awang dapat didefinisikan sebagai
sajak:
Nenek menangis kedutnya bergaris
Tuhan (manusia selalu meminta perlindungan)
Peperangan menyebabkan manusia segala kehilangan!
Saksikanlah bagaimana pemyair telah membebaskan rentak pantun
atau syair. Nafas penyair lebih panjang ( lebih daripada 12 suku kata)
dan mendekati cara orang bertutur, yang bersukat fikiraan dan tidak
bersukat ukuran sering membahagi baris kepada dua bahagian dan
jeda (atau ruang antara untuk merehatkan nafas) tetapi ia dibaca terus
ke akhir.
Contoh Sajak:
Apabila Aku Fikir Tentang Dunia
Bila aku fikirkan dunia
Jiwa jadi serba tak kena
Semua semacam mengejar wang dan harta
Tetapi dimana letaknya maruah bangsa
Aku runsing, pening, otak menjadi pusing
Pemimpin dunia menjadi tuhan berkuku besi
Merobek segala keamanan
Membakar segala jiwa rakyat
Menimbus segala suara-suara bawahan
Dimana keadilan pergi?
Datanglah kembali
Membela masyarakat
Suara rakyat ditelan amukan kuasa ngeri
Suara rakyat dimamah senjata berteknologi tinggi
Kalaulah dunia boleh berkata
Tentu amarah menjadi bual bicara
Tiada negara sanggup mengeluarkan suara
Semua aman sejahtera
Semua kebajikan terbela
Bersatulah wahai orang-orang kecil
Bangun semua menuntut keadilan kita
Hapus dan hapuskan segala muslihat laknat
Robohkan dan robohkanlah segala kuasa jahat
Pasti kemenangan azimat maruah bangsa
Efandi Yusop
upm
Kuasa
Apa lagi yang kau nak bicara
Tiada kehebatan yang dapat dilawan
Nyata kuasa di genggaman bukan lawan
Seantero dunia tercengang meratap kesedihan
Sebuah negara hebat terlipat padat
Bergulung membaham kejam
Suasana riang menjadi suram
Sementelah kuasa air memusnahkan segala keegoan
Segala pangkat dan darjat dihanyutkan sekelip mata
Mayat dimana-mana
Tiada siapa tahu itu siapa
Bersemadi di celahan gelandangan isi alam
Hancur!
Musnah!
Ranap!
Siapa kita?
Kuasa dunia bukan penentu segala
Untuk menakluk dunia
Segalanya hanya sementara
Ingat dan ingat
Ada yang Maha kuasa
Kuasa pencipta mampu meranapkan dunia
Efandi Yusop
(Tsunami-Jepun)
Pesona MTSR
Perjalanan yang panjang telah diharungi
Bermesra, bergurausenda saat manis bersama
Mengikat panji-panji perjuangan membina keutuhan
Sekalung adat dipersembahkan menjunjung budaya
Meninggi sebuah rumpun tamadun hampir dilupa
Projek MTSR mengembali istiadat kaum cheh Wong
Pementasan teater mengembalikan warisan budaya kita
Penat lelah di lalui bersama
Pagi, petang dan malam
Menjamah kerahan tenaga kerja
Berlatih, membina utuh persembahan warisan
Untuk dijadikan warisan anak cucu kita
Semunya berlalu dengan indah
Pesona MTSR dirakam menjadi keabadian cinta
Menjadi kenangan bersama
Menjadi kerinduan dikala melihat sehelai baju hijau berkala
Terima kasih perwira penunjang teater
Jasa dan keringatmu memberi seribu pengajaran
Mengajar lenggok bahasa tubuh
Mengajar lantunan suara indah
Mengajar cara komunikasi bersama
Mengajar menghormati diri dan rakan sekerja
MTSR
Kami amat merinduimu
Walau jeritperih yang kami lalui
Kami lalui dengan tabah dan penuh pengharapan
Namamu akan aku abadikan disebuah kota
Yang penuh dengan cerita
Penuh dengan sukaduka
Dan penuh dengan kenangan yang tidak dapat aku lupa
Efandi Yusop
(8/4/11)
(Kenangan: Malam Tradisi Sastera Rakyat ke-26)
Taman solehah
Jambangan bunga itu letaklah di tempat yang tinggi
Agar menjadi penghias penuh bermaruah
Agar mereka yang tahu batasan agama menghargai
Taman ini kau hamparkanlah selaut kasih sayang
Yang menjadi pegangan dimasa mendatang
Agar tidak terlepas landasan perjalanan
Untuk menuju syurga Firdausi
Letaklah dirimu itu didalam botol kaca
Agar maruah diri aman sejahtera
Biarlah maruah itu bersendiri
Kerana itulah penjamin wanita solehah
Labuhkanlah pakaian semasa di taman solehah ini
Kerana itu lambang wanita islam sejati
Kerana kita khalifah islam pewaris nabi
Kita adalah pendukung wanita berjenama asli
Memperjuangkan maruah dini hari
Yang sentiasa diperkotak katikkan nafsu buas lelaki
Untuk mengukuhkan sifat keperibadian kendiri
Efandi Yusop
UPM
Pesan Ayah Kepada Anaknya
ikatlah tali iman seketat yang mungkin
agar tidak terputus dalam lembah durjana
pasaklah tiang-tiang ketakwaan
agar jiwa sentiasa kekal bersamanNYA
pabila diri tinggi melangit
tundukkanlah mukamu sedikit
agar masyarakat tidak benci dan sakit
melihat gelagatmu yang bongkak, takbur dipuncak
kemewahan
dunia telah dihuni golongan bijak
tanamkanlah wangian ilmu di seluruh benak
agar kau tidak ditipu dan dipijak
kita bukan tuhan untuk berkuasa
jadilah manusia yang sederhana
kerana kita bukan selamanya didunia
carilah segunung pahala
carilah seluas hamparan kebaikan
capailah bintang-bintang keberkatan
agar hidup penuh keredhaan
Efandi Yusop
UPM
Dimana Iman dan Taqwamu
Cis!
Jijik!
Kau kulihat sangat kotor
Bergelumang dengan mandian nanah hanyir
yang telah merebak seluruh tubuh dusta
yang telah meresap di dalam jiwa si anjing hina
dimana letaknya warasmu
dimana letaknya imanmu
dimana kau tanamkan akalmu
dimana kau pasakkan takwamu
nafsumu seperti anjing-anjing buruk rupa
yang bermaharajalela dimana-mana kau suka
tidak pernah rasa berdosa
menganggap semuanya indah mempersona
Laknat dari Maha kuasa di persenda
Menganggap mainan sentiasa
Sedangkan hukuman itu nyata ada
Sanggup menggadai maruah sesama teruna
Bukankah kau seorang Islam
Yang telah ditanam sifat Muhammad
Dari kau kecil hingga dewasa
Yang telah diajar dosa dan pahala
Carilah jalan benar
Carilah jalan rahmat
Untuk kau bermunajat
Sehingga dosamu dihanyutkan bersama air mata keinsafan
Efandi Yusop
(budaya gay berleluasa)
Doa Untuk Ibu
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji keatas mu Ya tuhan,
Aku panjatkan doa untuk ibuku tersayang,
Yang telah bersusah mengharungi bahtera keibuan,
Aku hamba yang lemah,
Tidak terlepas dari bisikan syaitan,
Senantiasa melawan perintahnya,
Senantiasa membuat kelopak matanya digenangi
Air mata kesedihan,
Ibu,
Maafkan aku ibu,
Aku telah melukakan hatimu,
Aku sentiasa berdoa padaNYA,
Agar ibu diberi kesejahteraan di dunia dan diakhirat,
Agar ibu sihat walafiat,
Agar ibu bertambah kuat
Ibu jasamu tidak pernah aku lupa dikotak fikiranku,
Membelaiku,
Memberi kasih sayangmu
Kau tidak pernah jemu menjagaku
Kau tidak pernah lupa menjaga kesihatanku
Kau tidak pernah lupa memberi makan untukku
Agar aku sihat walafiat.
Aku anakmu,
sentiasa berdoa untukmu ibu,
Agar kau diberi RAHMAT dan NIKMAT,
Agar kau sentiasa dilimpahi berkat,
Agar kau diberi kekuatan dan kemulian
Ya tuhan yang Maha pemurah,
Engkau tempatkanlah ibuku di tempat yang mulia,
Engkau tempatkanlah ibuku dikalangan orang-orang yang solehah-AMIN.
Efandi Yusop
(5/1/2011)
(Teringat ibuku)