Gurindam
Perkataan Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit sebagai 'rangkap yang telah
jadi bidalan. Md Ali Bachick (2003) mendefinisikan gurindam sebagai sebuah
wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama. Isinya berunsur nasihat
dan bentuknya semacam bidalan. Seperti bentuk puisi Tradisional yang lain
gurindam mempunyai ciri tertentu antaranya;
i. Terdiri daripada anak kalimat, kalimat utama atau kalimat induk
ii. Mengandungi dua baris serangkap dan merupakan isi
iii. Jumlah kata dan suku kata setiap baris tidak terhad
iv. Rima akhir berbentuk a-a iaitu bunyi di hujungnya seragam
v. Bahasa yang digunakan bernada riang
vi. Diksi yang digunakan bernas dan disusun dalam ayat yang kemas
vii. Membawa motif pengajaran, nasihat atau sindiran.
Gurindam membawa erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada sebab dab melalui
sebab itulah perkara tersebut terjadi.
Contoh:
Kalau cakap tidak cermat, ( Sebab)
Tentu kamu tidak selamat (Akibat)
Selain itu, dapat dilihat dalam gurindam sesuatu 'jawapan' pasti akan dihasilkan
dengan 'syarat' sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi atau berlaku.
Barang siapa tiada memegang agama, (Syarat)
Sesekali tidak boleh dibilangkan nama. (jawapan)
Contoh-contoh Gurindam:
(Gurindam 12 Raja Ali Haji)
Gurindam 12 fasal 1
barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
barang siapa mengenal yang empatmaka yaitulah orang yang makrifat
barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri
barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat
Gurindam 12 fasal 2
barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut
barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang
barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa
barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat
barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji
Gurindam 12 fasal 3
Apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita
apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping
apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah
bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan
apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi‘il yang tiada senonoh
anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat
hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi
Gurindam 12 fasal 4
hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh
apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala
jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka
bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah
barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar
barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor
di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi
pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih
Gurindam Nasihat
(Mohd Efandi Yusop)
Barang siapa menuntut ilmu
Tiada manusia yang akan menipu
Barang siapa putus asa
Pasti Allah akan murka
Barang siapa kuat berusaha
Pasti kejayaan muncul bersama
Barang siapa meninggalkan yang lima
Pasti hidup tidak sempurna
Barang siapa melawan kata ibu dan bapa
Kelak hidup akan binasa
Barang siapa ikhlas bersahabat
Pasti persahabatan terjalin hebat
Barang siapa berpegang kepada Al-Quran
Pasti jiwa tenang tiada keresahan
Barang siapa menjalin muafakat
Pasti hidup menjadi berkat
Barang siapa menjalin cinta
Jauhkan diri daripada nafsu buana
Barang siapa yang kaya raya
Ingatlah kepada yang susah sengsara
Efandi Yusop
UPM
Gurindam Berkasih
(Mohd Efandi Yusop)
Barang siapa ingin bercinta
Pastikan diri mesti setia
Barang siapa ingin berkasih
Pastikan diri itu bersih
Barang siapa berkasih sayang
Jangan sampai jiwa melayang
Barang siapa dilamun cinta
pastikan dapat berita gembira
Apabila sedang bercinta
Cepat-cepat berumah tangga
Apabila sudah berumah tangga
Jangan di lepas janji dan amanah
Efandi Yusop
UPM