Pengenalan Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan
Definisi kesusasteraan sering dikaitkan dengan asal usul perkataan "sastera" yang berasal
daripada bahasa Sanskrit iaitu "castra" dan disebut "syastra" membawa erti kitab suci.
Susastera memberi pengetian seni sastera atau seni bahasa. Sastera merupakan satu bidang
seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Bermula dari tradisi lisan hingga kini
bidang sastera terus berkembang sejajar dengan perkembangan semasa. Kesusasteraan pula
bermaksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Penelitian terhadap keindahan
ini kerana sastera lahir daripada kehalusan perasaan penulis yang disatukan dengan
penjelmaan emosi, cita rasa dan gambaran kehidupan yang halus dan keindahan bahasa akan
di eksplotasikan secara maksimum. Hal ini kerana sastera merupakan hasil seni yang
menggunakan bahasa sebagai medium yang mampu membentuk tamadun dan peradaban
sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarang.
Maksud Sastera
S------ Seni Bahasa
A------ Akaliah
S------ Sensitiviti
T------ Tersurat dan tersirat
E------ Estetik
R------ Realiti
A------ Altenatif
Seni bahasa
-medium pengantarnya adalah bahasa
Akaliah
-Karya sastera juga mengungkapkan unsur akaliah yang sifatnya juga indah. Melalui unsur
akaliah ini tersisip ilmu atau pemikiran pengarang atau penulis. Justeru hasil sastera merupakan
perutusan, amanat, serta lontaran idea penulis untuk disampaikan, dikongsi atau direnung
bersama oleh khalayak pembaca.
Sensitiviti
- Dalam menjelmakan pemikiran atau idea, seseorang penulis atau penghasil karya kreatif
imaginatif akan berusaha menggabungkan dan memadatkan daya rasa sensori atau sensitiviti
mereka. Mereka sedapat mungkin akan menyuntik perasaan khalayak melalui olahan dan
fenomena yang diungkapkan sehingga menjadi sesuatu karya sastera berhasil meninggalkan
kesan perasaan kepada khalyak pembaca. Kesan perasaan yang lahir seperti simpati, benci,
marah atau geram bersifat langsung mahupun tidak.
Tersurat dan Tersirat
- Dengan adanya nilai tersurat dan tersirat pembaca dapat mengesani maksud yang
disampaikan berdasarkan emej-emej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa
tertentu.
Estetik
- Nilai estetik relatif sifatnya, namun tidak pula membatasi untuk menilai dan meneliti unsur-
unsur yang ada. Nilai keindahan dalam karya wujud secara bersepadu dengan unsur-unsur
lain. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema merupakan perkara-perkara yang
sewajarnya diteliti untuk menimbulkan kesan estetik.
Realiti
-Fenomena dan persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam karya sastera meupakan realiti
kehidupan masyarakat. Lantaran itu, ungkapan sastera sebagai cerminan masyarakat
merupakan refleksi kehidupan sebenar manusia yang diterjemahkan secara halus dan
berhemah oleh penulis.
Altenatif
-Bidang sastera yang luar tafsiran dan cakupan memberi altenatif kepada manusia melihat
dunianya secara tersendiri dan melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuka
untuk mencari satu titik kesatuan dan pembersih jiwa.