Puisi Melayu Tradisional
PANTUN
Dalam masyarakat melayu, pantun telah diterima sebagai puisi Melayu asli dan terawal berbanding dengan puisi-puisi lain.Bentuk yang berangkap-rangkap merupakan ciri sebuah puisi. Dalam hal ini Zaba menyatakan bahawa fungsi pantun dalam masyarakat melayu telah meluas sebelum mereka tahu menulis. Justeru, dapat difahami bahawa kedudukan pantun sebagai satu warisan seni yang dimiliki kekuatan estetik adalah milik masyarakat melayu sejak zaman berzaman yang wajar dipertahankan.
Berkaitan dengan bentuk pantu pula, umumnya pantun terdiri daripada karangan berangkap yang terdiri daripada empat baris serangkap. Setiap baris mengandungi 8 himgga 12 suku kata. Jumlah suku kata yang membentuk baris-baris dianggap seimbang. Penyesuaian terhadap pembentukan baris dalam pantun dapat dirujuk pada model keseimbangan baris seperti yang dibawah:
+ Baris pendek-Kurang daripada 8 suku kata
+ Baris seimbang 8 hingga 12 suku kata sebaris
+ Baris panjang lebih daripada 12 suku kata sebaris
Dari aspek bunyi rima akhir pula, bunyi rima akhir baris pertama sama dengan bunyi rima baris akhir ketiga. Lakaran visual bentuk pantun adalah seperti berikut;
1........................a-pembayang
2..........................b-pembayang
3........................a-maksud
4.........................b-maksud
Pantun 2 kerat:
Anak itik dalam peti
jangan lupa pergi mengaji
pagi jumaat memotong kuku
jangan lupa membaca buku
pergi sekolah dengan kereta
berbudi bahasa budaya kita
ikan tenggiri didalam peti
ibu bapa harus dihormati
Pantun 4 kerat:
Buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami semua baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
Ambil galah kupaskan jantung
orang arab bergoreng kicap
kepada Allah tempat bergantung
kepada nabi tempat mengucap
(Pantun Rogayah A. Hamid)
Citra Anak Ayam Lawan Citra Manusia
(Dewan Sastera: september 2009: 8)
Anak ayam melukut di batang,
sehari-hati mengais sarang,
diri kurang takut kecundang
suka mencari kesalahan orang
Anak ayam permainan budak
budak bandar kurang fantasi
cakap tinggi buatnya tidak
umpama bersandar halusinasi
Anak ayam ditimbang pukal
bawa ke pekan kerumah setinggan
kalau nafsu melebihi akal
umpama makan tak cukup sepinggan
Anak ayam terbang sudahnya
sudah terbang ke paya belukar
jadi ketua dipegang lidahnya
jangan bercabang seperti ular
Anak ayam bulu berkilat
mencanak-canak lari ke barat
"Work smart work hard"
orang penat awak berehat
FUNGSI PANTUN:
1. Untuk berhibur dan berjenaka
2. Untuk Menyindir
3. Menyampaikan Nasihat
4. Alat Hubungan dan Komunikasi
5. Simbol atau lambang identiti dan pewaris bangsa
6. Membentuk Peribadi Mulia setiap Individu